SEJARAH ANWAR DENGAN ORANG KELANTAN



Subky Latif, pengasas Harakah dalam bukunya Siapa Ganti Asri menamakan Anwar Ibrahim sebagai individu yang paling layak menggantikan Presiden PAS itu.


Mantan Menteri Besar Kelantan, Asri Muda bukan sekadar seorang Presiden buat PAS, beliau ialah satu simbol atau ikon.


Sebagaimana Anwar kepada PKR, sebegitulah Asri Muda kepada PAS.


Semasa Pilihan Raya Umum 1978, Anwar pernah membantu Asri mempertahankan Kerajaan PAS di Kelantan.


Kepercayaan yang tinggi terhadap kepimpinan Anwar membuatkan Asri Muda sendiri pernah menawarkan jawatan Yang Dipertua Agung PAS kepada Anwar.


Asri Muda, anak jati Kota Bharu merupakan antara guru politik terawal buat Anwar Ibrahim.


Satu lagi individu yang juga banyak mendidik Anwar tentang selok-belok politik ialah Ustaz Yahya Othman, anak kelahiran Machang.


Kesemua ini berlaku sebelum Anwar menyertai mana-mana parti politik secara rasmi.


Selepas beliau mengasaskan PKR, pemimpin-pemimpin Kelantan masih lagi membantu Anwar meskipun kini berbeza panji.


Sewaktu Anwar teruk diasak dengan pembunuhan karekter dan fitnah, antara individu yang paling lantang mempertahankan beliau ialah Tuan Guru Nik Aziz, seorang lagi anak jati Kelantan.


Nik Aziz semasa hayatnya sentiasa mencari masa untuk memberikan sokongan moral kepada Anwar dan keluarga sewaktu beliau dikurung di sebalik tirai besi.


Nik Omar, anak kepada Nik Aziz mendedahkan bahawa bapanya itu sentiasa mendoakan agar Anwar Ibrahim diberikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri.


Sewaktu pemergian beliau, Anwar memohon kepada pihak penjara untuk membenarkannya hadir ke majlis pengebumian Allahyarham.


Sehingga ke hari ini, silaturrahim antara Anwar dan keluarga Nik Aziz tidak pernah terputus meskipun mereka dipisahkan perbezaan ideologi politik.


Sewaktu mengunjungi Kelantan baru-baru ini, Anwar dan isteri sempat menziarahi Nik Abduh dan Nik Omar. 


Kunjungan ini bukan atas nama politik, bukan juga untuk pilihan raya. Ziarah ini kerana persahabatan dan persaudaraan.


Malah Anwar Ibrahim hanya bersama kita hari ini berikutan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dari Kelantan untuk memberikan pengampunan diraja.


Keakraban Anwar Ibrahim dan pemimpin dari Kelantan tidak sesekali boleh dipertikai.


Anwar sayangkan Kelantan, sebagaimana orang Kelantan sayangkan Anwar.


Maka, iltizam Anwar untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam menyelesaikan krisis air di sana bukan untuk modal politik. Bukan sekadar retorik. 


Anwar benar-benar ingin membantu rakyat Kelantan.


Anwar bersedia untuk menghulurkan tangan dan membantu negeri yang pernah menyambut tangan dan membantu dirinya suatu ketika dahulu.


Moga-moga pemimpin Kelantan hari ini mencontohi tokoh-tokoh terdahulu yang berbesar hati bekerjasama dengan Anwar Ibrahim meski berbeza ideologi politik.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA