TUN M ANCAMAN POLITIK NEGARA




1. Selepas umum bersara dari politik, ramai gembira mendengar perkhabarannya. Di usia senja ini, sepatutnya Tun M berhenti bergiat dalam dunia politik. Beri laluan kepada Kerajaan hari ini untuk meneruskan tatakelolanya. 


2. Kehadiran Tun M dalam dunia politik negara hari ini hanya mengundang keresahan orang ramai. Selepas gagal memulihkan dan membangunkan negara semasa menjadi PM ke-7 dan PM Interim, Tun M menjadi satu trauma yang mengakar dalam jiwa rakyat jelata. Suka buat kacau saja!


3. Disebabkan Tun M, negara Malaysia mengalami pertukaran tiga Perdana Menteri dalan satu penggal. Ekonomi negara terbantut dan rakyat hidup sengsara terjerut. 


4. Bila dituntut untuk tunaikan janji dalam manifesto, kata Tun M manifesto bukan kitab suci. Sedangkan janji diawalnya, manifesto adalah ikrar yang bakal dilaksanakan Tun M. 


5. Bukan Melayu yang mudah lupa, tapi Tun M yang mudah lupa pada janji dan sumpah ikrarnya kepada rakyat jelata.


6. Seorang negarawan yang dahulunya dihormati, kini menjadi negarawan yang dicaci dan dikeji. Suara-suara sumbang politiknya hanya dusta dan memecahbelah bangsa. 


7. Bila diminta untuk mendedahkan kekayannya, Tun M takut dan pusing cerita. Sama pusingannya semasa diasak untuk mendedahkan sumber kekayaan anak-anaknya. Mahathirsme yang dahulunya cukup terkenal, bersanding dekat dengan amalan nepotisme yang menjadi pegangannya. 


8. Tun M orang pertama yang melakar sejarah membangunkan Malaysia. Banyak yang dicapainya. 


9. Tun M jugalah orang pertama yang berjaya menjadikan anak-anaknya jutawan sepanjang karier pemerintahannya. Tapi disebabkan Mukhriz belum berjaya mewarisi tahtanya sebagai PM, maka segala anasir jahat diperbuatnya. Boboi perlu jadi PM. 


10. Hari ini, Tun M ghairah mempolitikkan kedudukan dan kewibawaan YAB PM DSAI. Beliau lupa, bahawa beliau terlibat sewaktu memohon pengampunan Diraja untuk membebaskan YAB PM DSAI. Itu dulu, masa bermuslihat demi mahu bekerjsama bersama PH. Bila sudah tak sebulu? inilah yang berlaku sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

APABILA MUDA MASUK PRN

ADA APA DENGAN TIN MILO?

APA PILIHAN PESAWAH PADI DI KEDAH?