WARNA-WARNI SANG HIPOKRIT



Lewat ini, kecoh dan ripuh kultus walaun tentang konsert Coldplay di media sosial.

Kata mereka, Coldplay sebagai penyokong tegar gerakan LGBT tidak layak menjejakkan kaki di Malaysia.

Maka dikeluarkan seribu satu kisah tentang laknat Tuhan yang bakal melanda seandainya 
lagu-lagu Coldplay dikumandangkan di Bukit Jalil.

Sudah-sudahlah menjadi hipokrit.

Kamu bukannya tidak tahu, cuma buat-buat tidak tahu yang sebenarnya konsert Coldplay diluluskan pada Oktober 2021.

Waktu itu, PN masih di dalam Kerajaan. Saifuddin Abdullah pula Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Billie Eillish, satu lagi selebriti yang lantang menyokong LGBT juga pernah menganjurkan konsert di Malaysia sewaktu PN di pundak kuasa.

Tidak ada pula suara sumbang yang menentang ketika itu.

Ini hipokrit namanya.

Mercedes Benz yang dipakai politikus PAS di Kelantan juga dihasilkan pengeluar kenderaan yang menyokong LGBT.

Facebook dan Twitter yang dijadikan lapangan fitnah walaun juga mendorong kebebasan seksualiti.

Banyak lagi jenama-jenama besar yang merupakan pendiri gerakan berkenaan.

Jadi, usah berlakon seolah kamu ambil kisah soal perkara ini.

Kamu bersuara bukan kerana pahala dosa, namun hanya dan hanya disebabkan kuasa.

Parti kamu hijau, kawan kamu merah, hati kamu hitam - demikianlah warna-warni seorang hipokrit.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA