HANYA PENCURI TAKUT DIBICARAKAN




Ahli Parlimen PN kini memboikot perbahasan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021.


Tidak ada satu orang pun ahli Parlimen PN ada di dalam Dewan Rakyat ketika perbahasan berlangsung.


Kata Takiyuddin, perbahasan tentang LKAN adalah tidak berpelembagaan dan tidak pernah dibuat.


Sejak bila berbincang soal ketirisan wang rakyat adalah salah?


Katanya, kamu terpaling bersih dan tersangat prihatin. Kenapa tidak digunakan peluang ini untuk tunjukkan betapa kamu sangat bersih dan prihatan tentang wang rakyat?


Malah sekalipun LKAN tidak pernah diperdebatkan, tiada masalah untuk kita mulakan amalan baru yang jelas mempromosikan akauntibiliti.


Ketika Azalina membentangkan usul untuk membahaskan LKAN, ahli Parlimen PN bingkas bangkit dan keluar dewan.


Tindakan mereka disambut dengan laungan, ‘takut, takut!’.


Kita di rumah semua tertanya-tanya : Apa yang ditakutkan kalau PN tidak melakukan apa-apa kesalahan?


Selama ini, politikus PN lantang berteriak kononnya kes-kes mahkamah yang dihadapi diri sendiri, anak, menantu dan sepupu mereka adalah pendakwaan terpilih.


Ini peluang untuk membersihkan nama. Parlimen adalah mahkamah terbuka. Rakyat adalah hakim.


Tunjukkan kepada mereka betapa kamu tidak takut untuk melawan fitnah.


Kata orang dulu-dulu, berani kerana benar.


Jadi jangan takut, melainkan kamu berada di pihak yang tidak benar.


Berdasarkan tindak-tanduk ahli Parlimen PN kali ini, jelas mereka takut, dan lebih jelas mereka tidak benar.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA