KISAH SANUSI YANG MISKIN MORAL



Kata orang dulu-dulu, biar miskin harta, jangan miskin jiwa.


Perumpamaan ini sangat tepat bagi menggambarkan Sanusi Md Nor.


Sanusi begitu lantang mengkritik usaha Anwar Ibrahim untuk membasmi kemiskinan.


"Hang tak payah sembang bab miskin sebab hang tak tahu apa!


SubhanAllah Sanusi. Bawa mengucap.


Kalau sekalipun kamu punya kebencian terpaling dalam buat Anwar, jangan jadikan orang-orang miskin sebagai jenaka poltik.


Kita semua masih ingat, bagaimana Sanusi mentertawakan seorang pemohon yang bertanya tentang bantuan kewangan dalam satu klip video yang tular pada tahun 2020.


Sudahlah kamu mendedahkan maklumat peribadi si pemohon, kamu jadikan pemohon bahan tawa pula.


Ini biadap namanya.


Rakyat Kedah sebagai negeri kedua termiskin daripada segi KDNK kini sedang dilanda krisis bekalan air bersih.


Sudah tentu, isu ini tidak berlaku di singgahsana mewah Sanusi.


Namun, Sanusi lebih rela membelanjakan wang Syarikat Air Darul Aman (SADA) untuk membeli sebuah Toyota Vellfire.


Tidak cukup dengan itu, wang SADA turut dikeluarkan untuk membeli nombor pendaftaran ‘KEP 5000’ untuk disesuaikan dengan jentera mewah itu.


Bukankah lebih baik sekiranya wang SADA digunakan untuk menggantikan paip-paip usang di Kedah bagi menjamin bekalan air buat orang miskin di Kedah?


Sudah tentu, kita semua tidak melupakan insiden yang melibatkan Sanusi semasa PKP.


Sewaktu rakyat dikurung di rumah meratapi nasib yang tidak tentu serta kerja yang hilang, Sanusi dengan angkuhnya melanggar PKP dan menuju ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Kunjungan rentas negeri Sanusi hanyalah untuk memandu uji sebuah Ford Ranger Raptor.


Tindakan ini langsung tidak sensitif terhadap kegusaran dan kebimbangan rakyat.


Sewaktu ramai memecahkan tabung dan mencatu makanan, Sanusi hanya memikirkan soal jentera mewah sampaikan sanggup melanggar undang-undang bagi melampiaskan kehendaknya.


Sudah-sudahlah Sanusi. Cermin diri sebelum mengata.


Usah sesekali dilupa, tangan-tangan si miskin inilah yang memangkah nama kamu dalam pilihan raya. Jangan pula dihina mereka.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA