SEJARAH ANWAR MELAWAN KEMISKINAN



"Hang tak payah sembang bab miskin sebab hang tak tahu apa!


Itu kata-kata Sanusi Md Nor yang menempelak usaha Anwar Ibrahim dalam membasmi kemiskinan.


Wahai Sanusi, sewaktu hang tak tahu apa sebab belum pun lahir ke dunia lagi, Anwar sudah menubuhkan Yayasan Anda Akademik.


Penubuhan institusi ini bertujuan bagi membantu anak-anak miskin mendapatkan pendidikan. Anwar Ibrahim menjadi pengasas dan salah seorang guru di yayasan tersebut.


Wahai Sanusi, sewaktu hang tak tahu apa ketika baru beusia 3 bulan, Anwar sudah dihumban ke dalam penjara di bawah ISA kerana memperjuangkan nasib para petani di Baling.


Pada waktu itu, Anwar mengetuai protes mahasiswa terhadap kemiskinan tragis dan kelaparan para petani di Baling yang kemudian membawa dirinya ke Kem Tahanan Kamunting selama 20 bulan.


Wahai Sanusi, anda kritik Anwar katanya beliau lulusan sekolah elit, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).


Tahukah kamu apa yang dilakukan Anwar sewaktu menuntut di MCKK? Sudah tentu tidak, sebab hang tak tahu apa.


Sewaktu di MCKK, Anwar dan 10 orang rakannya menubuhkan MARAMUNJA yang merupakan akronim bagi ‘mara ke hadapan, mundur jangan’.


Ahli MARAMUNJA memberikan kelas tuisyen percuma dan bimbingan motivasi buat anak-anak miskin sepanjang cuti persekolahan.


Anwar Ibrahim sudah membela nasib si miskin sejak di bangku persekolahan lagi. Perjuangan ini masih diteruskan sehingga ke hari ini.


Buat Sanusi yang tidak tahu apa-apa, baca dan fahamkan firman Allah SWT dalam Surah al-Ma’un.


أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ


Tahukah kamu akan orang yang mendustakan agama? (al-Ma’un, ayat 1)


وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ


(Orang yang) tidak menggalakkan orang lain memberi makan orang miskin. (al-Ma’un, ayat 3)

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA