YDPA SUDAH IKTIRAF SUMBANGAN DAP, MELAYU BILA LAGI?


Veteran DAP, Lim Kit Siang semalam dikurniakan gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai pengiktirafan di atas jasa bakti beliau memperjuangkan demokrasi di Malaysia.


Sudah tentu, walaun tanpa segan silu mempertikaikan penganugerahan tersebut.


Walaun tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang mempertikaikan kebitaraan dan kebijaksanaan YDPA.


Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota kepada Kit Siang sebenarnya mematikan propaganda tanpa asas yang mengaitkan DAP sebagai parti cauvinis yang anti-Melayu.


Mana mungkin individu yang dikatakan anti Raja diiktiraf oleh ketua Majlis Raja-Raja Melayu sendiri.


Tidak logik sama sekali.


Agenda DAP anti Melayu, Islam dan yang seangkatan dengannya hanyalah tohmahan politik bermodalkan air liur.


Tiada asas, tiada bukti.


Sebaliknya, DAP sudah sekian lama menunjukkan bahawa mereka sentiasa menghormati hak orang Melayu.


Ini ada asas dan bukti.


Lihat sahaja Pulau Pinang, negeri terpaling DAP menurut walaun.


Dalam Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2023, Kerajaan pimpinan DAP telah meningkatkan peruntukan bagi tujuan pembangunan Islam kepada RM75.08 juta.


Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding negeri-negeri di bawah jajahan PAS.


Peruntukan ini merangkumi pembangunan bagi tujuan pembinaan, pembaikan dan naik taraf masjid, surau dan sekolah agama, bayaran bantuan pendidikan untuk sekolah agama serta bayaran guru KAFA dan pegawai masjid.


Daripada jumlah tersebut, RM18 juta dikhususkan untuk pembinaan masjid.


Ya, Pulau Pinang ada masjid dan azan masih dikumandangkan. Usah khuatir.


Kesemua perkara ini diluluskan oleh Ketua Menteri dari tidak lain dan tidak bukan, parti DAP.


Betapa aman dan sejahteranya Pulau Pinang, berduyun-duyun orang Kedah menyeberang jambatan setiap hari demi mencari sesuap nasi.


Sampaikan Menteri Besar Kedah sendiri mahu mengiktiraf Pulau Pinang di bawah pemerintahannya.


Jangan percaya bulat-bulat apa yang anda baca dan dengar.


DAP bukan komunis. DAP bukan anti monarki. DAP sama sekali tidak akan menggangu hak keistimewaan orang Melayu.


YDPA sudah mengiktiraf perkara ini dengan menganugerahkan darjah kebesaran kepada seorang tokoh DAP.


Apapun, tahniah buat Tan Sri Lim Kit Siang! Well deserved!

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA