EKONOMI MADANI : CERAMAH LAWAK SANUSI TIDAK AKAN MENINGKATKAN EKONOMI RAKYAT KEDAH




YAB PMX baru sahaja mengumumkan hala tuju ekonomi untuk Malaysia maju kehadapan dan kembali menjadi gergasi ekonomi Asia.


DSAI memiliki rekod kejayaan lampau yang diyakini mampu menjayakan rencana penting ini untuk negara.


Fokus YAB PMX adalah untuk membangunkan EKONOMI RAKYAT. Ini adalah satu anjakan penting yang wajib difahami. Ini kerana, seringkali forum ekonomi menyampaikan agenda ekonomi dengan angka bilion-bilion tetapi rakyat di bawah seakan terpisah dengan agenda ekonomi arus perdana negara.


Ini jauh berbeza dengan agenda Ekonomi Madani yang dicetuskan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Rakyat di luar bandar dan di kawasan bandar bakal mendapat manfaat saksama dalam ikhtiar anjakan Ekonomi Madani.


Yang kaya akan membantu yang miskin. Bukan lagi untuk yang kaya terus kaya.


Yang miskin pula bakal diberi bantuan dari segala macam bantuan untuk keluar dari putaran ganas kemiskinan tegar.


Syarahan ekonomi sebegini tentunya sedikit berfakta dan serius jika nak dibandingkan dengan siri ceramah lawak bodoh Sanusi. Ini kerana Sanusi bukanlah seorang perancang ekonomi mahupun seorang pentadbir yang baik.


Kebodohan Sanusi dalam ekonomi dan pentadbiran amat jelas dalam siri ceramah beliau yang mahu jayakan lapangan terbang kargo sedangkan fokus di Kedah sepatutnya difokuskan kepada 'food security' dan memperkasa golongan tani.


Apa yang Sanusi tahu?


Sanusi tidak tahu apa. Sanusi lebih dikenali sebagai pelawak politik berbanding arkitek ekonomi untuk membangunkan negeri Kedah.


Kedah bukanlah terbina atas lawak-lawak bodoh pemimpin terdahulu.


Kedah miliki sejarah panjang yang membawa kepada kemajuan negeri Kedah dengan banyak industri automotif dan pertanian skala besar. Terima kasih kepada pemimpin BN terdahulu.


Jenis pelawak politik seperti Sanusi ini tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada ekonomi rakyat Kedah.


Mana tidaknya. 


Sanusi ajak bergaduh dengan semua Menteri di peringkat Persekutuan dengan mulut celuparnya. Yang akan rugi bukan Sanusi. Yang bakal rugi teruk adalah rakyat negeri Kedah.


Pendapatan isi rumah di Kedah bakal terus merudum.


Ekonomi rakyat di Kedah akan terjejas teruk.


Apa puncanya?


Ini kerana pengundi bakal terpukau dengan lawak bodoh pelawak politik seperti Sanusi yang tidak ada track record mengurus ekonomi negeri dan membina hubungan baik atas semangat Federalisma dengan Kerajaan Persekutuan.


Yang bergelak tawa itu Sanusi.


Yang bakal menangis itu rakyat Kedah.



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA