BANGSA JOHOR PILIH PERPADUAN




Johor Darul Takzim bukan sebarangan negeri.


Ini negeri kebanggaan kita. Ini negeri yang tidak punya toleransi terhadap politik pelampau yang memainkan isu agama dan bangsa.


Ini negeri yang tidak akan sesekali menerima puak yang tidak punya hormat terhadap institusi diraja.


Ini DNA Johor sebagai negeri pertama yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.


Apabila Sultan Johor bertitah supaya rakyat Malaysia memberi peluang kepada Dato’ Sri Anwar Ibrahim untuk memulihkan ekonomi, Bangsa Johor faham apa yang dimaksudkan.


“Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan. Saya percaya beliau memerlukan lebih banyak masa,” titah Baginda pada hari Sabtu yang lalu.


Dalam kunjungan Anwar Ibrahim ke Johor baru-baru ini, beliau diberikan penghormatan untuk menggunakan kenderaan milik kerabat diraja Johor. Kami faham maksudnya.


Hubungan baik Johor dengan persekutuan hanya akan menguntungkan kedua-dua pihak. Tambahan lagi, Sultan Johor akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong tahun hadapan.


Kad pengenalan Bangsa Johor ditandakan dengan kod ‘01’. Kita mahu menjadi nombor satu dalam setiap perkara.


Sejak Datuk Onn Hafiz Ghazi menjadi Menteri Besar pada Mac 2022, falsafah ‘01’ atau yang pertama semakin akrab dengan Johor.


Darul Takzim menerima pelaburan langsung asing tertinggi dalam negara bagi tahun 2022, iaitu sebanyak RM70.6 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama. Johor nombor 1.


Kejayaan ini menghasilkan lebih 12,000 peluang pekerjaan buat anak-anak Johor.


Prestasi cemerlang ini diteruskan tahun ini apabila Johor berjaya mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM10.6 bilion pada suku pertama 2023, peningkatan tiga kali ganda berbanding suku pertama tahun lepas.


Putrajaya juga berjaya membawa masuk Airtrunk untuk membangunkan kampus pemprosesan data berkeluasan 10.3 hektar di Johor Bahru.


Kejayaan ini selari dengan aspirasi Onn Hafiz untuk menjadikan Johor sebagai hab pusat data terbesar di Malaysia. Johor nombor 1.


Jelas kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri membawa pulangan yang lumayan buat anak-anak Johor.


Sejak sempadan negara dibuka April 2022 yang lalu, Johor di bawah pimpinan Onn Hafiz menerima 9.14 juta pelancong, jumlah yang lebih tinggi berbanding negara ASEAN lain. Johor nombor 1.


Kebanjiran pelancong ini membantu para peniaga, pemandu teksi serta pengusaha resort untuk meningkatkan pendapatan mereka.


Di sebalik kejayaan demi kejayaan ini, kekayaan negeri tetap dikongsi bersama rakyat kebanyakan.


Bantuan Kasih Bangsa Johor memanfaatkan 3.69 juta penduduk Johor.


Skim Bantuan Pendaftaran Kemasukan ke IPTA/IPTS menawarkan RM500 (Diploma) dan RM1,000 (Ijazah) kepada 1,700 anak-anak Johor.


Bantuan Beras Bangsa Johor dinikmati 903 ribu ketua isi rumah di negeri ini.


Bagi nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan, bantuan sekali beri sebanyak RM300 telah disalurkan.


Turut disalurkan, Bantuan Geran kepada Veteran ATM Negeri Johor, Insentif Mesra Rumah Sewa Kerajaan, Bantuan RM1,000 kepada pasangan Raja Sehari, Biasiswa Bangsa Johor dan banyak lagi.


Kesemua ini dicapai dalam tempoh yang singkat bersama Onn Hafiz berkat kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri dan hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan.


Kami selesa bersama Johor. Kami selesa bersama Kerajaan Negeri. Bangsa Johor pilih Perpaduan!

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA