JANGAN TAKUT!

 



Tulisan ini khusus untuk ahli dan penyokong PH. Pasca PRN 2023, barangkali ada yang berasa khuatir dengan kedudukan Kerajaan Perpaduan. Pesan saya cuma satu, jangan takut.


Strategi PAS paling lama untuk kekal relevan adalah ‘fearmongering’ atau menimbulkan ketakutan. Kini, strategi ini dibawa ke PN pula.


Kenapa orang Melayu tak boleh undi PH? 


Nanti DAP tak benarkan azan. Atau skirt pendek perlu dipakai ke sekolah. Atau Anwar Ibrahim merupakan ejen Israel.


Hujahan ini nampak simplistik dan tidak masuk akal kerana ia bukan ditujukan untuk anda. Namun, orang kampung yang tidak hidup di dunia maya benar-benar takutkan perkara ini.


Bagi generasi Melayu di sosial media pula, kita cuba ditakutkan dengan dominasi DAP dalam Kerajaan.


Atau provokasi kononnya PH bersifat pro-LGBT. Atau cubaan berterusan DAP untuk meminda Perlembagaan bagi mencabar hak orang Melayu.


Saya yakin penyokong PH tidak terbeli dengan tohmahan tanpa asas ini. Namun, masih ada yang terpengaruh.


Ini taktik PAS dan PN. Mereka mahu menakut-nakutkan orang ramai seolah Melayu dan Islam tidak akan terbela tanpa mereka.


Kerajaan Perpaduan terbina dengan majoriti dua pertiga di atas kebitaraan YDPA. Teramat sangat paling kukuh sekali.


Namun kita cuba ditakutkan dengan propaganda PMX kepada XPM, penukaran Kerajaan, ‘doh cukup jumloh’ dan macam-macam lagi. Seolah Kerajaan hari ini tidak stabil.


Sampailah tiba ke musim pilihan raya. Strategi yang sama masih dikitar semula.


Penyokong PH ditakutkan dengan keputusan PRN yang kononnya akan mengubah Kerajaan Persekutuan. Tiada logiknya.


Suara-suara lantang yang menyeru peletakan jawatan Anwar Ibrahim ekoran keputusan PRN juga tiada asasnya.


Status quo masih kekal. 3 negeri untuk Perpaduan, 3 negeri untuk PAS.


PH-BN menerima undi popular yang lebih banyak berbanding PN dengan 3,399,472 undi kepada koalisi Perpaduan.


Tiada calon PH-BN yang kehilangan deposit. Deposit PN pula hangus di 18 DUN.


PH juga berjaya mendapat satu kerusi di Kelantan buat pertama kalinya.


Apa yang perlu ditakutkan? Jangan termakan seranah dan hasutan yang sekadar mahu bikin kita bimbang.


Benar, masih banyak ruang untuk ditambah baik. Namun, peluang juga banyak untuk melunaskan penambahbaikan berbaki 4 tahun lagi menjelang PRU-16. Barang diingat, umur Kerajaan Perpaduan baru menginjak 8 bulan.


Usah khuatir kerana itu yang mereka mahukan. Jadi sekali lagi kita ulang sama-sama : JANGAN TAKUT!

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA