PERPADUAN BAKAL MENANG 3 NEGERI KAYA, PN BAKAL MENANG 3 NEGERI MISKIN




Walaun bersorak bukan main konon macam dah dapat Malaysia. Inilah perangai walaun dari dulu. Konon macam Perpaduan ni kalah teruk. Merekalah yang berjaya menang semua. 


Sehinggakan Hamzah tak sudah-sudah nak jual nama PDRM konon dia ada kawan polis bagitahu PN bakal menang di Selangor. Negeri Sembilan PN bakal menang. Entah mana kawan polis yang dia tanya, kami pun tak tahu. 


Hakikatnya Bersatu bakal bungkus kalah teruk di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang. Calon heavyweight PN di Selangor Azmin Ali pun masih kabur nak tarik pengundi Melayu. Ceramah Azmin Ali di Selangor yang datang tak lebih dari 20 orang. Melayu tak boleh terima pemimpin politik kabur seperti Azmin Ali. Jika Azmin pun bakal tumbang, apa lagi nasib calon PN yang lain di Selangor.


Jentera PERPADUAN jangan termakan dengan dakyah perang saraf puak Perikatan Nasional. Mereka ini pengikut pemimpin cirit. Takkan pula kita nak takut dengan calon Perdana Menteri mereka yang masa jadi PM pun sampai tercirit.


Hakikatnya, PERPADUAN bakal menang besar di 3 negeri terkaya di Malaysia. Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Tahniah.


PN bakal kalah teruk terduduk di 3 negeri terkaya ini. Kisah lawak bodoh Sanusi tak boleh dijual kepada pengundi dengan tahap pendidikan tinggi di 3 negeri ini.


Kelantan dan Terengganu sudah lama menjadi negeri walaun. Apa yang mengejutkan sangat? Pengundi Kelantan mungkin memang nak air paip berkeladak. Mungkin suka bergelap kerana tidak ada bajet infra untuk lampu jalan. Mungkin juga pengundi mereka suka jalan berlubang. Itu terpulang kepada mereka.


Di Kedah pula, mungkin mereka tak sabar nak jadikan Kedah lebih miskin dari Kelantan. Ini citarasa mereka yang mungkin pengundi dari 3 negeri terkaya tak faham. Tak perlu kita faham pun. Kerana akhirnya mereka akan ke negeri PERPADUAN juga untuk mencari peluang pekerjaan.


Jenis walau mana nak kenang budi. Merayu-rayu mohon PMX luluskan berbilion peruntukan untuk selesaikan masalah air. PMX jenis seorang yang penyabar tahap dewa dan baik hati. Dibaginya RM1.7 bilion kepada Kelantan. 


Saya ulang, PMX beri kelulusan RM1.7 bilion kepada Kelantan. Walaun ucap terima kasih? Tidak. Walaun kata PMX zalim. Jenis walaun berotak lipas begini tak usah kita layan.


Akhir kata, jentera PERPADUAN harus bekerja kuat demi kemenangan bergaya di 3 negeri terkaya, dan tak salah juga untuk kita lihat bagaimana kemunduran yang bakal dibawa oleh walaun Perikatan Nasional di 3 negeri termiskin lagi 5 tahun.


Kekal kerja kuat.


Allah menentukan.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

PMX TEGAS DI PENTAS ASEAN ISU REJIM MYANMAR DAN PELARIAN ROHINGYA