Posts

Showing posts from July, 2023

EKONOMI MADANI : CERAMAH LAWAK SANUSI TIDAK AKAN MENINGKATKAN EKONOMI RAKYAT KEDAH

Image
YAB PMX baru sahaja mengumumkan hala tuju ekonomi untuk Malaysia maju kehadapan dan kembali menjadi gergasi ekonomi Asia. DSAI memiliki rekod kejayaan lampau yang diyakini mampu menjayakan rencana penting ini untuk negara. Fokus YAB PMX adalah untuk membangunkan EKONOMI RAKYAT. Ini adalah satu anjakan penting yang wajib difahami. Ini kerana, seringkali forum ekonomi menyampaikan agenda ekonomi dengan angka bilion-bilion tetapi rakyat di bawah seakan terpisah dengan agenda ekonomi arus perdana negara. Ini jauh berbeza dengan agenda Ekonomi Madani yang dicetuskan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Rakyat di luar bandar dan di kawasan bandar bakal mendapat manfaat saksama dalam ikhtiar anjakan Ekonomi Madani. Yang kaya akan membantu yang miskin. Bukan lagi untuk yang kaya terus kaya. Yang miskin pula bakal diberi bantuan dari segala macam bantuan untuk keluar dari putaran ganas kemiskinan tegar. Syarahan ekonomi sebegini tentunya sedikit berfakta dan serius jika nak dibandingkan dengan siri c

MELAWAN ‘SULTAN TANPA TENGKOLOK’

Image
Besar dan banyak bezanya di antara melawan sultan dan menentang ‘sultan tanpa tengkolok’. “ Sultan hebat takkan pilih Menteri Besar cokiah macam Amir ”. Itu namanya melawan sultan. “Jasad saya boleh dipenjara, tetapi jiwa saya tetap merdeka.” Itu pula namanya melawan ‘sultan tanpa tengkolok’. Gelaran tersebut sebenarnya diambil daripada buku Fathi Aris Omar berjudul ‘Agong Tanpa Tengkolok’ yang merujuk kepada Mahathir Mohamad. Hari ini, Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Akta Hasutan 1948. Kini, Sanusi dan kultusnya sedang sibuk membina imej ‘martyr’ yang dianiaya sang penguasa. Kempen ini giat dijalankan sejak pagi tadi. Sanusi seakan mahu meniru imej Anwar Ibrahim saat beliau diperlaku kejam oleh Mahathir pada tahun 1998. Sanusi tiba di mahkamah berpakaian kemeja putih tanpa kot sambil mengangkat sebelah tangan kepada para penyokong yang berhimpun di luar. Imej yang seakan sama dengan foto masyhur Anwar Ibrahim yang ditangkap lensa Ed Wray pada 30 September 1998 di M

BAYANGKAN KALAU DAP…

Image
Di satu cakerawala alternatif, Yusuf Azmi baharu sahaja selesai meniup semboyan yang menyeru kebangkitan orang Melayu daripada dibuai lena. Protes Solidariti Ummah dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka hujung minggu ini.  Pemimpin PAS pula galak menyeru sekalian umat mereka untuk turun berhimpun. Ini satu jihad, kata PAS. Selasa lalu, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang menghina kebitaraan dan kebijaksanaan Sultan Kedah. “ Sultan hebat takkan pilih Menteri Besar cokiah macam Sanusi, ” ujar Guan Eng dalam loghat utara di hadapan penyokong Pakatan Harapan. Kenyataan beliau disambut hilai tawa dan disusuli sorakan gemuruh. Sebaik klip video ucapan itu tular, bergempita media sosial dengan tuntutan agar Guan Eng membuat permohonan maaf. “ DAP cauvinis! ” “ DAP anti monarki! ” “ Apa nak jadi dengan nasib orang Melayu? ” Ramai yang mengingatkan orang Cina bahawa negara yang didiami mereka itu namanya Tanah Melayu. Apa meraka tidak belajar sebarang perkara daripada filem Mat Kilau?

PAS YANG DULU, BUKAN YANG SEKARANG

Image
PAS merupakan parti yang sarat dengan sejarah perjuangan sedari awal penubuhannya pada tahun 1951. Sejak itu, PAS sudah melalui pelbagai perubahan ideologi sehinggalah kelahiran era kepimpinan ulama pada awal tahun 1980-an apabila golongan muda yang mengambil inspirasi daripada Revolusi Iran bangkit menyingkirkan Asri Muda. PAS selepas itu mula diterajui pimpinan ulama termasuklah Fadzil Noor, Yusuf Rawa, Nik Aziz dan Hadi Awang. Sejak itu, perjuangan Islam semakin disinonimkan dengan PAS. Semangat perjuangan yang membara ini disemarakkan lagi dengan fahaman ekstrim yang membawa kepada kewujudan Amanat Haji Hadi yang dilafazkan di Peradong, Terengganu pada tahun 1981. Amanat ini membawa kepada fahaman ‘politik suku, agama suku’. Hukum bersolat dimamkan oleh ahli UMNO, memakan sembelihan ahli UMNO dan mengahwini keturunan mereka adalah haram. Amanat tersebut dicetak dalam tulisan rumi dan jawi serta ditampal di dinding-dinding markas PAS. Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amanat terseb

GELOMBANG PERPADUAN PH-BN BAKAL MERENTAS 6 NEGERI

Image
Bendera sudah siap dicetak dan kini tersimpan rapi di bilik gerakan. Tarikh jelajah di 6 negeri sudah diumumkan.  Ada yang sudah bersujud kerana bakal menjadi calon. Ada juga yang masih berdoa agar dicalonkan. Bahang PRN 6 negeri kali ini semakin dirasakan. Kehangatan ini akan berterusan sehingga malam 12 Ogos kelak. Ia hanya akan dipadam oleh gelombang perpaduan atau gelombang hijau. Pilihan saya adalah gandingan PH-BN. Ini bukan pilihan sebagai pengundi, namun sebagai seorang pemerhati bebas tidak bertauliah. Saya percaya, gelombang perpaduan PH-BN bakal berkenduri besar semasa PRN 6 negeri kelak. • Selangor Amirudin Shari. Itu sahaja sudah cukup meyakinkan orang ramai untuk mengekalkan PH di Selangor. Negeri ini adalah ‘crown jewel’ dalam PRN akan datang. #SelangorBaharu yang cuba dibawakan PN langsung tidak menggugat orang Selangor yang sudah berpuas hati dengan pentadbiran sedia ada. Orang putih kata, “Kalau tidak rosak, tidak perlu dibaiki.” • Negeri Sembilan Kejayaan PH merampas

APA YANG MELAYU KEDAH KERUGIAN DENGAN MEMILIH SANUSI?

Image
Sanusi akan membawa Kedah ke dada akhbar. Itu pasti. Malangnya, berita tentang Kedah di media hanyalah tentang Sanusi.  Bukan tentang projek pembangunan di Kedah. Bukan juga tentang pelan ekonomi membangunkan negeri. Yang ada cuma, berita gelagat Sanusi. Sama ada cuba mencari gaduh dengan Anwar Ibrahim, fitnah polikus lain, tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang dan macam-macam lagi. Tidak percaya? Cuba senaraikan satu sahaja pencapaian Sanusi sebagai Menteri Besar. Saya tunggu. Tidak boleh? Baik kita teruskan. Sanusi dan kontroversi berpisah tiada. Publisiti itu ibarat oksigen buat Sanusi. Dia tidak boleh hidup tanpanya. Akhirnya, Melayu Kedah yang menanggung rugi. Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang mendukung asas federalisme. Beliau sudi dan sedia membantu mana-mana negeri tanpa mengira panji politik. Lihat sahaja di Kelantan. Hasil pertemu di antara Perdana Menteri dengan Menteri Besar Kelantan, Kerajaan pada awalnya bersetuju menyalurkan peruntukan berjumlah RM1 bilion bagi membantu