Posts

Showing posts from August, 2023

BANGSA JOHOR PILIH PERPADUAN

Image
Johor Darul Takzim bukan sebarangan negeri. Ini negeri kebanggaan kita. Ini negeri yang tidak punya toleransi terhadap politik pelampau yang memainkan isu agama dan bangsa. Ini negeri yang tidak akan sesekali menerima puak yang tidak punya hormat terhadap institusi diraja. Ini DNA Johor sebagai negeri pertama yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia. Apabila Sultan Johor bertitah supaya rakyat Malaysia memberi peluang kepada Dato’ Sri Anwar Ibrahim untuk memulihkan ekonomi, Bangsa Johor faham apa yang dimaksudkan. “Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan. Saya percaya beliau memerlukan lebih banyak masa,” titah Baginda pada hari Sabtu yang lalu. Dalam kunjungan Anwar Ibrahim ke Johor baru-baru ini, beliau diberikan penghormatan untuk menggunakan kenderaan milik kerabat diraja Johor. Kami faham maksudnya. Hubungan baik Johor dengan persekutuan hanya akan menguntungkan kedua-dua pihak. Tambahan lagi, Sultan Johor akan ditabalkan sebagai Y

10 KEJAYAAN KERAJAAN PERPADUAN

Image
Tepat 9 bulan telah berlalu sejak Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia di Istana Negara. Dalam tempoh yang singkat ini, terdapat banyak kejayaan yang boleh dibanggakan oleh Kerajaan Perpaduan. 1. Pelaksanaan MA63 Janji bapa-bapa Kemerdekaan kita sedaya upaya cuba dilunaskan Kerajaan Perpaduan menerusi pemerkasaan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Malaysia. Peruntukan geran khas tahunan kepada Malaysia Timur telah ditingkatkan daripada RM25 juta kepada RM260 juta untuk Sabah dan RM16 juta kepada RM300 juta untuk Sarawak. 2. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan kini telah memasuki fasa 3. Sumbangan tambahan sebanyak RM600 turut diberikan kepada isi rumah penerima STR termiskin menurut data eKasih. 3. Penurunan kadar inflasi Harga barangan keperluan berjaya dikawal meskipun Malaysia tidak terkecuali daripada kelembapan ekonomi global. Kadar inflasi di Malaysia ba

JANGAN TAKUT!

Image
  Tulisan ini khusus untuk ahli dan penyokong PH. Pasca PRN 2023, barangkali ada yang berasa khuatir dengan kedudukan Kerajaan Perpaduan. Pesan saya cuma satu, jangan takut. Strategi PAS paling lama untuk kekal relevan adalah ‘fearmongering’ atau menimbulkan ketakutan. Kini, strategi ini dibawa ke PN pula. Kenapa orang Melayu tak boleh undi PH?  Nanti DAP tak benarkan azan. Atau skirt pendek perlu dipakai ke sekolah. Atau Anwar Ibrahim merupakan ejen Israel. Hujahan ini nampak simplistik dan tidak masuk akal kerana ia bukan ditujukan untuk anda. Namun, orang kampung yang tidak hidup di dunia maya benar-benar takutkan perkara ini. Bagi generasi Melayu di sosial media pula, kita cuba ditakutkan dengan dominasi DAP dalam Kerajaan. Atau provokasi kononnya PH bersifat pro-LGBT. Atau cubaan berterusan DAP untuk meminda Perlembagaan bagi mencabar hak orang Melayu. Saya yakin penyokong PH tidak terbeli dengan tohmahan tanpa asas ini. Namun, masih ada yang terpengaruh. Ini taktik PAS dan PN. Me

APA PILIHAN PESAWAH PADI DI KEDAH?

Image
Berbakti sebagai pesawah padi adalah satu pekerjaan yang mulia. Daripada nelayan di lautan luas kepada ahli korporat di pencakar langit, semuanya punya tenaga untuk mencari rezeki berkat beras yang dituai para pesawah. Di Kedah, terdapat 66 ribu orang membanting tulang sebagai pesawah padi. Keluasan kawasan MADA di Kedah pula melebihi 80 ribu hektar. Namun belakangan ini, status Kedah sebagai Negeri Jelapang Padi semakin terjejas. Hasil purata pengeluaran padi tertinggi negara dikeluarkan jiran Kedah di Pulau Pinang. Padi di Kuala Selangor dan Sabak Bernam pula jauh lebih subur berbanding di Kedah dengan penghasilan antara 6 hingga 10 tan sehektar bagi satu musim. Saban tahun, pengeluaran padi di Kedah juga semakin menurun. Perkara ini berlaku disebabkan beberapa masalah. Satu, bekalan air yang tidak cukup menyebabkan padi tidak menjadi. Ini sama sekali bukan salah pesawah. Bekalan baja yang lewat sampai daripada MADA menyebabkan pokok mula lapar dan lemah yang akhirnya terdedah kepada

PERPADUAN BAKAL MENANG 3 NEGERI KAYA, PN BAKAL MENANG 3 NEGERI MISKIN

Image
Walaun bersorak bukan main konon macam dah dapat Malaysia. Inilah perangai walaun dari dulu. Konon macam Perpaduan ni kalah teruk. Merekalah yang berjaya menang semua.  Sehinggakan Hamzah tak sudah-sudah nak jual nama PDRM konon dia ada kawan polis bagitahu PN bakal menang di Selangor. Negeri Sembilan PN bakal menang. Entah mana kawan polis yang dia tanya, kami pun tak tahu.  Hakikatnya Bersatu bakal bungkus kalah teruk di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang. Calon heavyweight PN di Selangor Azmin Ali pun masih kabur nak tarik pengundi Melayu. Ceramah Azmin Ali di Selangor yang datang tak lebih dari 20 orang. Melayu tak boleh terima pemimpin politik kabur seperti Azmin Ali. Jika Azmin pun bakal tumbang, apa lagi nasib calon PN yang lain di Selangor. Jentera PERPADUAN jangan termakan dengan dakyah perang saraf puak Perikatan Nasional. Mereka ini pengikut pemimpin cirit. Takkan pula kita nak takut dengan calon Perdana Menteri mereka yang masa jadi PM pun sampai tercirit. Hakikatnya,

SEJARAH PERJUANGAN ANWAR IBRAHIM MENUBUHKAN UIAM

Image
Sosok bernama Anwar Ibrahim punya sejarah yang panjang sebagai aktivis pendidikan berteraskan Islam di Malaysia. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang tersergam megah hari ini adalah hasil perjuangan Anwar hari semalam. Tiada UIAM tanpa DSAI. Tiada Universiti Islam tanpa Anwar. Perjuangan Anwar menuntut pembinaan sebuah Universiti Islam sudah dimulakan lama sebelum beliau bergelar ahli politik lagi. Idea asal penubuhan sebuah Universiti Islam bermula di Universiti Malaya semasa Kongres Kemajuan Islam se-Malaysia 1966 yang turut dihadiri Anwar Ibrahim sebagai aktivis mahasiswa. Pada tahun berikutnya, Kertas Kerja Konsep Universiti Islam diterbitkan Prof. Dr. Ungku Omar semasa Seminar Peradaban Islam anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Kolej Islam Malaya. Anwar merupakan antara pemimpin PKPIM yang terlibat menganjurkan seminar bersejarah tersebut. Pada Februari 1969, Malaysia berdukacita di atas kehilangan Prof. Dr. Ungku Omar. Namun, pemer