BANGSA JOHOR PILIH PERPADUAN
Johor Darul Takzim bukan sebarangan negeri. Ini negeri kebanggaan kita. Ini negeri yang tidak punya toleransi terhadap politik pelampau yang memainkan isu agama dan bangsa. Ini negeri yang tidak akan sesekali menerima puak yang tidak punya hormat terhadap institusi diraja. Ini DNA Johor sebagai negeri pertama yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia. Apabila Sultan Johor bertitah supaya rakyat Malaysia memberi peluang kepada Dato’ Sri Anwar Ibrahim untuk memulihkan ekonomi, Bangsa Johor faham apa yang dimaksudkan. “Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan. Saya percaya beliau memerlukan lebih banyak masa,” titah Baginda pada hari Sabtu yang lalu. Dalam kunjungan Anwar Ibrahim ke Johor baru-baru ini, beliau diberikan penghormatan untuk menggunakan kenderaan milik kerabat diraja Johor. Kami faham maksudnya. Hubungan baik Johor dengan persekutuan hanya akan menguntungkan kedua-dua pihak. Tambahan lagi, Sultan Johor akan ditabalkan sebagai Y