Posts

Showing posts from June, 2023

10 KEGAGALAN KERAJAAN PIMPINAN MUHYIDDIN

Image
Semalam, Muhyiddin buat kemunculan tidak diundang menerusi satu sesi temu ramah bersama Free Malaysia Today. Kenyataan beliau penuh ego dan kebenciaan, seolah masih punya dendam kesumat paling dalam kerana gagal membentuk Kerajaan pasca PRU-15. Muhyiddin terlupa untuk mencermin diri sendiri sewaktu membidas prestasi Kerajaan Perpaduan. Berikut penulis senaraikan 10 kegagalan besar Kerajaan konon prihatin pimpinan Muhyiddin. 1. Pengurusan COVID-19 yang lemah PKP, PKPP, PKPD, PKPB dan bermacam-macam huruf lagi membuktikan kelemahan pentadbiran Muhyiddin untuk mengawal COVID-19. Tempoh kuarantin Malaysia adalah yang terpanjang di dunia. Pada minggu 1 Ogos 2022, kes COVID-19 per kapita di Malaysia adalah yang ke-6 tertinggi di dunia. 2. Salah guna kuasa darurat Malaysia merupakan satu-satunya negara dunia yang menutup pintu Parlimen sewaktu COVID-19. Ordinan Darurat yang diisytihar hanyalah untuk memanjangkan hayat politik Muhyiddin. Sesudah itu, kerajaan pimpinan beliau menderhaka kepada

PAPAGOMO : ASKAR UPAHAN KEPADA PEMBIDA TERTINGGI

Image
Wan Azri Wan Deris atau Papagomo muncul kembali.  Setelah menghilangkan diri susulan digantung keahlian UMNO selama 6 tahun, Papagomo membuat kemunculan tidak diundang di media sosial. Kali ini, mesej Papagomo berbeza. Dia sudah menjadi penyokong nombor satu Tun Mahathir. “Mahathir jangan mampos dulu. Kau jangan mampos dulu.” Itu kata-kata yang keluar dari mulut Papagomo suatu ketika dahulu. Kini, dia mendendangkan lagu yang berbeza. "Selagi tidak ada tugas rasmi untuk aku berjuang demi agama bangsa dan tanah air, aku tidak akan potong rambut dan jambang aku ini.” Itu pula nazar Papagomo sebelum ini. Awal bulan Jun tahun ini, dia menghadap Tun dan membenarkan mantan Perdana Menteri itu menggunting rambutnya. Simbolik perjuangan sudah bermula, katanya. Jadi, bagaimana individu yang begitu lantang mengkritik dan pantang mendengar nama Mahathir selama ini sudah boleh berselimut dengan Tun? Jawapannya hanya satu. Kita semua tahu. Tak perlu penulis nyatakan. Lihat sahaja sejarah ‘perju

APABILA MUDA MASUK PRN

Image
Sah, MUDA akan berpencak di gelanggang PRN dengan lencana sendiri. Terkejut? Tidak sama sekali. Lihat sahaja kelibat MUDA dalam tempoh satu minggu terakhir ini. Pemimpin utama PH teruk diserang MUDA. Mangsa terbaru ialah Anwar Ibrahim, Pengerusi PH sendiri. 2 hari lalu Amira Aisya mengkritik dan menyamakan tindakan Anwar Ibrahim bergurau meminta nombor telefon seorang pelajar perempuan sebagai ‘objectifying’ dan ‘menghina wanita’. Penulis akur, barangkali niat baik Anwar untuk berjenaka perlu disulam dengan kata-kata yang lebih berhati-hati. Namun, serangan besar-besaran MUDA di media sosial terhadap Anwar Ibrahim boleh disifatkan keterlaluan. ‘Objectifying’ atau menjadikan wanita seolah-olah objek adalah tuduhan berat yang bikin orang ramai rasa tidak selesa atau merasakan perjuangan feminisme ini kertelaluan. Hal ini mengalihkan fokus kepada wanita yang benar-benar memerlukan pembelaan. Hal ini penulis gelar ‘aktivisme tak kena tempat’. Malangnya, ini bukan kali pertama MUDA memilih

TIADA UBAT BUAT MATA YANG LIAR MELIHAT PAKAIAN JURURAWAT

Image
Semalam adalah hari yang bersejarah buat sistem kesihatan negara. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa membentangkan Kertas Putih Kesihatan sebagai pelan asas reformasi sistem kesihatan yang sekian lama dibebani masalah legasi seperti kelemahan fasiliti dan kekurangan sumber manusia. Sesi perbahasan yang mustahak itu dicelah dengan satu pertikaian yang tidak terjangkau dek akal oleh ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor. “Pakaian jururawat ketat dan menampakkan bentuk badan.” Sewaktu seisi dewan sedang membincangkan masa hadapan sistem kesihatan, logik dan kewarasan Wan Razali masih lagi ketinggalan di masa lampau. Ini satu kenyataan yang seksis dan tiada asasnya. Jururawat di Malaysia mengenakan pakaian yang sopan dan sebahagian besar daripada mereka yang beragama Islam mengenakan tudung. Pakaian jururawat yang seksi itu bukan realiti, sebaliknya cuma fantasi Wan Razali. Sepatutnya, ahli Parlimen Kuantan boleh menggunakan ruang yang ada untuk bertanyakan soal klinik daif di sekita

PANDANGAN EKSTRIM PAS: MENYAMAKAN PULAU PINANG DENGAN ISRAEL

Image
Penghasutan terbuka yang dihantar melalui akaun PAS Pusat di Media Sosial adalah citra sebenar Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk naratif memecahbelahkan masyarakat majmuk dan mencetuskan ketegangan agama. Demi ‘untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian sesama manusia bagi menegakkan Al Amru Bil Ma'ruf Wan Nahyu 'Anil Mungkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara’, tuduhan PAS menyamakan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan rejim Zionis ironinya adalah satu penghinaan kepada perjuangan pembebasan umat Islam Palestin. Bagi PAS, tatkala mereka tidak berkuasa dalam pentadbiran Pulau Pinang, segala tindak-tanduk kerajaan negeri adalah permusuhan kepada Agama Islam dan Orang Melayu. Hal yang sama berlaku apabila PAS juga melabelkan Kerajaan Persekutuan semasa dikendalikan oleh golongan tak bermoral dan dikelilingi ‘syaitan bisu’ untuk menterjemah naratif "dikuasai oleh kerajaan yang didominasi oleh bukan Islam". Dakwaan penyingkiran bersistem masyarakat Me

LEGASI PENINGGALAN MUHYIDDIN YANG TERPAKSA DIWARISI MALAYSIA

Image
Muhyiddin Yassin sudah meninggalkan pejabat nombor satu negara hampir 3 tahun yang lalu. 3 tahun kemudian, Malaysia masih lagi menanggung beban kegagalan polisi Muhyiddin. Sebaik tiba di Putrajaya melalui Hotel Sheraton, pintu masuk Malaysia ditutup dan rakyat terkurung di kediaman masing-masing kerana COVID-19. Pandemik berlaku bukan salah Muhyiddin. Salah Muhyiddin adalah pengurusan pandemik itu sendiri. Sewaktu kemuncak wabak COVID-19, ramai yang tidak boleh keluar rumah untuk mengais pagi dan petang. Muhyiddin membuka kotak pandora dengan membenarkan rakyat memecahkan tabung simpanan KWSP. Bukan sekali, tetapi 3 kali. Ini langkah populis yang langsung tidak didukung mana-mana teori ekonomi. KWSP terpaksa mencairkan aset pelaburan mereka bagi menampung keperluan pengeluaran yang mencecah RM101 bilion. Ini jumlah yang terlampau besar. Secara relatif, Belanjawan 2023 Kerajaan Selangor cuma mencecah RM2.45 bilion. Teori ekonomi paling asas adalah penawaran dan permintaan. Dengan lambak

MUDA MASIH MUDA

Image
Tidak matang, belum bersedia, kurang pengalaman ; itu antara alasan yang asyik dilontarkan kepada anak muda setiap kali kita mahu menghuni posisi kuasa. Malangnya MUDA, parti yang sepatutnya mewakili anak muda, seolah-olah sedang giat membuktikan bahawa kesemua tohmahan tersebut adalah benar-benar belaka. MUDA terlalu gopoh dalam berpolitik. Semuanya mahu dibidas. Semuanya mahu dibantah. Suara mereka paling lantang. Lantang mereka malangnya kontang pengisian dan tunggang-langgang. Kata orang putih, ‘anjing paling lemah menyalak paling kuat’. Kali ini, MUDA memilih untuk bersuara soal isu LCS. Ya, isu ini penting. Benar, ia melibatkan wang rakyat. Kita mahukan akauntibiliti. Namun setiap perkara ada aturannya. Apabila Syed Saddiq mencadangkan agar usul tergempar LCS dibahaskan di Parlimen, cadangan tersebut ditolak. Alasan Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah munasabah. Perkara ini masih dalam penelitian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Tunggu sehingga laporan penuh disiapkan oleh

HANYA PENCURI TAKUT DIBICARAKAN

Image
Ahli Parlimen PN kini memboikot perbahasan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021. Tidak ada satu orang pun ahli Parlimen PN ada di dalam Dewan Rakyat ketika perbahasan berlangsung. Kata Takiyuddin, perbahasan tentang LKAN adalah tidak berpelembagaan dan tidak pernah dibuat. Sejak bila berbincang soal ketirisan wang rakyat adalah salah? Katanya, kamu terpaling bersih dan tersangat prihatin. Kenapa tidak digunakan peluang ini untuk tunjukkan betapa kamu sangat bersih dan prihatan tentang wang rakyat? Malah sekalipun LKAN tidak pernah diperdebatkan, tiada masalah untuk kita mulakan amalan baru yang jelas mempromosikan akauntibiliti. Ketika Azalina membentangkan usul untuk membahaskan LKAN, ahli Parlimen PN bingkas bangkit dan keluar dewan. Tindakan mereka disambut dengan laungan, ‘takut, takut!’. Kita di rumah semua tertanya-tanya : Apa yang ditakutkan kalau PN tidak melakukan apa-apa kesalahan? Selama ini, politikus PN lantang berteriak kononnya kes-kes mahkamah yang dihadapi

KISAH SANUSI YANG MISKIN MORAL

Image
Kata orang dulu-dulu, biar miskin harta, jangan miskin jiwa. Perumpamaan ini sangat tepat bagi menggambarkan Sanusi Md Nor. Sanusi begitu lantang mengkritik usaha Anwar Ibrahim untuk membasmi kemiskinan. " Hang tak payah sembang bab miskin sebab hang tak tahu apa! ” SubhanAllah Sanusi. Bawa mengucap. Kalau sekalipun kamu punya kebencian terpaling dalam buat Anwar, jangan jadikan orang-orang miskin sebagai jenaka poltik. Kita semua masih ingat, bagaimana Sanusi mentertawakan seorang pemohon yang bertanya tentang bantuan kewangan dalam satu klip video yang tular pada tahun 2020. Sudahlah kamu mendedahkan maklumat peribadi si pemohon, kamu jadikan pemohon bahan tawa pula. Ini biadap namanya. Rakyat Kedah sebagai negeri kedua termiskin daripada segi KDNK kini sedang dilanda krisis bekalan air bersih. Sudah tentu, isu ini tidak berlaku di singgahsana mewah Sanusi. Namun, Sanusi lebih rela membelanjakan wang Syarikat Air Darul Aman (SADA) untuk membeli sebuah Toyota Vellfire. Tidak cuku

SEJARAH ANWAR MELAWAN KEMISKINAN

Image
" Hang tak payah sembang bab miskin sebab hang tak tahu apa! ” Itu kata-kata Sanusi Md Nor yang menempelak usaha Anwar Ibrahim dalam membasmi kemiskinan. Wahai Sanusi, sewaktu hang tak tahu apa sebab belum pun lahir ke dunia lagi, Anwar sudah menubuhkan Yayasan Anda Akademik. Penubuhan institusi ini bertujuan bagi membantu anak-anak miskin mendapatkan pendidikan. Anwar Ibrahim menjadi pengasas dan salah seorang guru di yayasan tersebut. Wahai Sanusi, sewaktu hang tak tahu apa ketika baru beusia 3 bulan, Anwar sudah dihumban ke dalam penjara di bawah ISA kerana memperjuangkan nasib para petani di Baling. Pada waktu itu, Anwar mengetuai protes mahasiswa terhadap kemiskinan tragis dan kelaparan para petani di Baling yang kemudian membawa dirinya ke Kem Tahanan Kamunting selama 20 bulan. Wahai Sanusi, anda kritik Anwar katanya beliau lulusan sekolah elit, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Tahukah kamu apa yang dilakukan Anwar sewaktu menuntut di MCKK? Sudah tentu tidak, sebab hang ta

YDPA SUDAH IKTIRAF SUMBANGAN DAP, MELAYU BILA LAGI?

Image
Veteran DAP, Lim Kit Siang semalam dikurniakan gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai pengiktirafan di atas jasa bakti beliau memperjuangkan demokrasi di Malaysia. Sudah tentu, walaun tanpa segan silu mempertikaikan penganugerahan tersebut. Walaun tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang mempertikaikan kebitaraan dan kebijaksanaan YDPA. Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota kepada Kit Siang sebenarnya mematikan propaganda tanpa asas yang mengaitkan DAP sebagai parti cauvinis yang anti-Melayu. Mana mungkin individu yang dikatakan anti Raja diiktiraf oleh ketua Majlis Raja-Raja Melayu sendiri. Tidak logik sama sekali. Agenda DAP anti Melayu, Islam dan yang seangkatan dengannya hanyalah tohmahan politik bermodalkan air liur. Tiada asas, tiada bukti. Sebaliknya, DAP sudah sekian lama menunjukkan bahawa mereka sentiasa menghormati hak orang Melayu. Ini ada asas dan bukti. Lihat sahaja Pulau Pinang, negeri terpaling DAP menurut walaun. Dalam Belanjawan Neg