Posts

Showing posts from March, 2023

ANAK BORNEO DI TANAH SEBERANG

Image
Saya masih ingat pesan arwah ayah kira-kira 10 tahun yang lalu. “Esok-esok kalau Along datang KL, jangan lupa singgah tengok KLCC. Tu mercu kebanggaan kita, tinggalan Tun M”.  Seolah satu wasiat yang harus dilunas, saya gagahi diri untuk berkunjung ke KLCC setibanya mula menjejak kaki di sini. Begitu mahsyur dan agungnya bangunan ini.  Barangkali kalau jasa dan sumbangan Tun M boleh diukur, pasti ianya lebih tinggi daripada menara KLCC ini. Benarlah kata ayah, inilah salah satu tanda kebanggaan negara yang ditinggalkan oleh Tun M.  Namun lewat ini, ada beberapa tindakan yang dilakukan Tun M seakan-akan mahu merobohkan legasi maha tinggi yang dibina sendiri. Saya terfikir, apakah ini masih tidak disedari oleh beliau? Mungkin pahit untuk ditelan, tetapi itulah pandangan saya sebagai anak muda yang hidup di zaman Tun M. Saya begitu mengagumi beliau.  Hatta atas dasar penghormatan kepada beliau, saya nukilkan teguran ini.  Sudah tiba masanya Tun M bersara daripada politik.  Sudah-sudahlah

ANWAR PULANG DARI SAUDI SEBAGAI TETAMU RAJA SEGALA RAJA

Image
“ Sesungguhnya umrah di bulan Ramadhan seperti berhaji bersamaku .” Demikianlah sabda Rasulullah seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari terkait fadhilat yang hadir seiring dengan ketibaan bulan suci Ramadhan. Anwar Ibrahim pulang dari Arab Saudi semalam selepas mengadakan lawatan kerja 3 hari ke negara teluk tersebut. Walaubagaimanapun, lawatan tersebut menjadi, atau lebih tepat, dijadikan kontroversi dek ketiadaan pertemuan Anwar dengan pimpinan tertinggi Arab Saudi. Maka dikeluarkan seribu satu kritikan kononnya keabsahan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dipertikai Arab Saudi. Soalnya, kalau benar Anwar tidak diiktiraf Raja Saudi, apa mungkin kuota jemaah haji Malaysia ditingkatkan kepada 31,600 tahun ini? Apa mungkin Anwar menerima kunjungan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah di Perdana Putra 28 Februari lalu? Malah, Raja Salman dan Putera Mahkotanya merupakan antara pemimpin dunia yang terawal mengutuskan ucapan tahniah sebaik Anwar mengangkat sumpah

KWSP YANG TERSASAR

Image
Gerakan #KWSPbersasar semakin bergema di ruang maya. Lihat sahaja seksyen komen setiap hantaran Anwar Ibrahim di media sosial. Anwar menunaikan umrah? #KWSPbersasar Tesla mahu melabur? #KWSPbersasar Ucapan selamat berpuasa? #KWSPbersasar Hakikatnya gerakan ini hanya dikuasakan motif politik yang sekadar tahu dan mahu membuat kacau-bilau. Tuntutan ini bukannya hendak memenuhkan perut mereka yang sedang lapar, sebaliknya sekadar memenuhkan selera kuasa yang tiada sudah. Mari kita teliti asas tuntutan #KWSPbersasar. Sasaran pengeluaran khas kali ini adalah golongan yang benar-benar memerlukan, kelompok B40. Soalnya, apa B40 masih punya wang dalam tabungan KWSP? Jawapannya tidak. 6.7 juta ahli atau 51.5 peratus pencarum mempunyai simpanan di bawah RM10,000. Bagaimana mahu buat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 andai lebih separuh pencarum tidak mempunyai jumlah sebanyak itu?  Pendek kata, B50 bukan hanya B40, tidak cukup wang simpanan. Kemudian dimainkan pula sentimen perkauman. Kononnya,

PAS & BERSATU SUDAH MAHU BERCERAI

Image
Keputusan PRU 15 jelas menunjukkan PAS merupakan parti politik yang memenangi 43 kerusi dan Bersatu pula menang 30 kerusi. PAS sebenarnya parti paling besar dalam komponen Perikatan Nasional. Namun begitu, PAS seolah-olah dari dahulu dianggap sebagai rakan sampingan berbanding watak utama. Jika sebelum ini calon Perdana Menteri mesti datangnya daripada Bersatu namun pasca PRU 15 juga jawatan Ketua Pembangkang diberikan kepada Dato Hamzah. Segala-galanya Bersatu mesti didahulukan dan PAS dikemudiankan.  Begitu juga semasa Perikatan Nasional membentuk kerajaan dimana kesemua kementerian yang baik disapu bersih oleh Bersatu dan PAS hanya diberikan kementerian- kementerian yang kurang penting.  Situasi ini menjadi lebih keruh apabila kini perbincangan pembahagian kerusi untuk PRN dimana PAS dan Bersatu memiliki banyak kerusi pertembungan. Hal ini disebabkan, kerusi majoriti Melayu menjadi rebutan dan merupakan kerusi putih dan kelabu yang boleh menang.  Pertembungan untuk menjadi calon MB

ADA APA DENGAN TIN MILO?

Image
Momokan yang mensinonimkan PAS dengan derma tin Milo sudah lama berkumandang. Yang ramai tersalah tafsir, penyokong PAS tidak pernah dan tidak akan berasa malu dengan ejekan tersebut. Bagi mereka, derma itu satu bentuk jihad kecil. Mengeluarkan pitis hasil mengais pagi dan petang adalah perjuangan untuk agama. Itu cara PAS. Sekalipun pemimpin mereka menerima RM90 juta daripada UMNO seperti yang didakwa Clare Rewcastle Brown, mereka akan tetap memenuhkan tin Milo dengan duit poket sendiri.  Saya tidak mengeyakan dakwaan tersebut, yang pasti Tuan Guru mereka mengeluarkan wang sebanyak RM1.4 juta kepada Clare untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah.  Jumlah tersebut tidak termasuk kos guaman yang dibayar Hadi Awang sebanyak RM13.2 juta kepada firma guaman terkemuka di London. Biarkan pemimpin mereka bermewah, tin Milo akan tetap dipenuhkan dengan logam dan kertas bernombor oleh penyokong PAS.  Tin Milo adalah simbol. Warnanya hijau seperti parti kesayangan, serbuknya pula boleh dibuat ai

CELOTEH BADUT SANUSI TIDAK BAWA KEBAIKAN KEPADA EKONOMI KEDAH

Image
Sempoi, anak kampung, tak lupa asal usul bukan satu masalah untuk jadi pemimpin. Masalah besar jadi bila mulut capoi. Mulut puaka bukan setakat bawa bermusuh dengan orang, bawa bala pada diri sendiri dan bawa malu satu negeri. Bila dah jadi, kalutlah nak cover line buat riuh benda lain pula. Tak lama dulu Sanusi bongkak, konon pelaburan lulus Kedah paling tinggi, dapat dalam tempoh segera.  Sebenarnya pelaburan masuk tertinggi Kedah tahun lalu cuma menumpang tuah Kerajaan Persekutuan selepas pelancaran NCER yang dirangka sejak 2007. Sebab itu PM-9 turun dan endorse Kedah sebagai potensi. Tapi bila sudah dapat, Menteri Besarnya cuma pandai gerakkan bibir, tak tahu nak susun koordinasi supaya pelabur tak lari. Dengan jiran pun cari pasal, dengan kerajaan pusat pun mulut tak bertapis, dengan Perdana Menteri semasa pun cari jalan nak buat fitnah. Syarikat ASPEN GLOVE yang khabarnya buka 2,500 peluang pekerjaan dalam masa lima tahun kini lingkup tak sampai setahun beroperasi. Lagi parah, Ku

HADI AWANG CUBA KAFIRKAN PKR SEBAGAIMANA HADI AWANG FATWAKAN UMNO KAFIR DAHULU

Image
Menjadikan diri sendiri mangsa keadaan lalu mengambil tindakan orang lain di luar konteks memang satu kepakaran PAS berpuluh tahun lamanya.  Dalam 25 perenggan catatan Minda Presiden PAS terbaru, lambakan dalil petikan ayat al-Quran dan hadis digunungkan dengan tujuan dan kenyataan yang jelas - PKR menentang Al-Quran dan melawan Allah. Catatan 19 Mac ini adalah hasutan pelampau dan cerminan kedegilan Hadi Awang untuk menyerap kritikan dari pihak luar kepada penyelewengan dakwah yang diamalkan sekian lama oleh 'pendalilan terpilih' PAS. Menjadikan agama sebagai kuda politik jauh sama sekali berbeza dari konsep dakwah untuk menyemai nilai murni dalam Islam untuk diterima masyarakat. Bahkan, instrumen agama ini menjadi satu kejijikan mata umum apabila segalanya menjadi halal dan haram, mengikut angkubah yang menyelesakan bagi PAS. Manakan tidak, dalam menjawab dakwaan 'tunggang agama' dalam politik pun, Hadi Awang memilih lagi untuk membanjir dalil untuk menepis dakwaan ta

MUHYIDDIN MANGSA KEZALIMAN KERANA SAKAU RATUSAN JUTA DARI KONTRAKTOR?

Image
Skrip lama, pelakon baru. Drama air mata dan simpati tak bertempat kembali bersiar. Muhyiddin sedang giat menjual cerita kononnya semua parti pun menerima dana, sebagai sumbangan dari ahli dan penyokong kerana parti politik tidak menjalankan perniagaan. Cuma Muhyiddin terlupa, bukan semua ahli politik boleh guna kedudukan sebagai PERDANA MENTERI dan PRESIDEN PARTI untuk 'meminta' sumbangan lebih RM 427.5 juta dalam pelbagai bentuk aset dalam tempoh pentadbiran beliau melalui enam pertuduhan.  RM 427.5 juta ni boleh guna untuk bertanding 4275 kerusi parlimen. Boleh guna untuk 19 kali PRU. Tapi dalam PRU-15, bertanding pun cuma 169 kerusi. Takkanlah presiden parti tak pandai menolak beratus juta lebihan sumbangan kalau betul mahu digunakan untuk pergerakan parti sekalipun.  Maksudnya memang betul tamak, dan tidak lama, dari parti masuklah ke akaun peribadi. Atas alasan 'perbelanjaan' untuk bahagian kawasan parti. Cerdik skim rompakan ini sudah lama dipakai dalam agenda po

LAPANGAN TERBANG TANPA LANDASAN

Image
Mari terbang ke Kulim. Yang pasti, kita akan mendarat di Alor Setar memandangkan Kulim tidak ada dan mungkin tidak akan ada lapangan terbang dalam masa terdekat. Belakangan ini, riuh dan ripuh berita pembatalan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di bawah projek Kedah Aerotropolis. ”Kerajaan zalim! Abaikan negeri pembangkang!” Hakikatnya, cadangan lapangan terbang tersebut dibina tanpa landasan proses dan tatacara yang tepat. KXP menelan belanja mencecah RM7 bilion. Namun, Kementerian Pengangkutan mendedahkan bahawa permohonan rasmi untuk projek mega tersebut belum pun dikemukakan. Malah, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum pengumuman dibuat oleh Kerajaan Negeri. Pendek kata, belum menang sudah bersorak dan akhirnya kampung tergadai. Tiada permohonan, tiada perbincangan, yang ada cuma pengumuman besar-besaran. Ini bukan landasan yang betul untuk membangunkan sesebuah projek mega. Bagaimana pesawat mahu mendarat andai lap

TAMATLAH RIWAYAT BERSATU

Image
1. Sah Muhyiddin Yassin akan didakwa esok atas enam pertuduhan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram. 2. Tidak ada lagi logik perjuangan BERSATU yang pada mulanya ditubuhkan atas kekecewaan pada penyelewengan 1MDB, rupanya bernoktah dengan penyakauan Jana Wibawa. 3. Kalau khabar angin ketika Muhyiddin Menjadi Perdana Menteri berkenaan 'Scheme of Things' tidak dibuktikan, kali ini rakyat dapat lihat depan mata bukti sahih dan bicara bahawa PM-8 tidaklah semulia yang disangka. 4. Apa lagi BERSATU boleh tawar pada pengundi? Kalau nak kata lebih Melayu dari UMNO, tidak kurang hebat juga sumbangan BERSATU dalam kluster mahkamah. Bertambah biak 5. Kalau mahu diulang slogan PRU-15 PN, sudah menjadi ironi. Tidak ada bersihnya, stabil jauh sekali. Refleks pemimpin PN juga sudah menjadi template kitar semula - pendakwaan terpilih. Takkan tak terpilih kalau tak bersalah. Tak ada angin masakan pokok bergoyang? 6. Kalau BERSATU sempat dengar nasihat Tun M dulu untuk buka keahlian kepa

KERAJAAN MUHYIDDIN-HADI AWANG ADALAH KERAJAAN GAGAL

Image
Imaginasi politik meracau ini adalah satu gambaran kepada anda yang membaca bersandarkan realiti semasa. Kalau mengikut tajuk, kita mula dari kenapa Muhyiddin gagal, kenapa Hadi Awang gagal, dan kita habiskan dengan kenapa gabungan Muhyiddin-Hadi ini gagal. Sebelum itu jangan kita lupa, kegagalan pertama Muhyiddin-Hadi ini ialah kegagalan menghantar SD ‘cukup sokongan’ ke Istana Negara adalah satu mahakarya sastera yang menjadi jenaka sampai bila-bila. Akhirnya mengigau cari jalan tebuk atap kononnya mereka yang lebih diterima. Muhyiddin dan keruntuhan BERSATU Hujung minggu lalu, Hamzah Zainuddin terciduk dengan menyalahkan Kerajaan Perpaduan. Kilasan Hamzah kepada pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa untuk menyeleweng wang adalah satu pemburuan politik kerajaan.  Idea ini tidak lain tidak bukan diwarisi dari kebijaksanaan Muhyiddin untuk berkungfu mengalih dosa sendiri kepada rekaan dosa orang lain sejak hari pertama pendakwaan Jana Wibawa. Malah, BERSATU sudah siap awal skrip sekira

SUDAH-SUDAHLAH TUN

Image
Saya berpendirian bahawa sosok bernama Mahathir Mohamad adalah individu paling berpengaruh dalam sejarah Malaysia.  Sama ada hal tersebut positif atau sebaliknya, terpulang kepada perspektif masing-masing untuk menilai. Kekalahan memalukan sampai sirna deposit di Langkawi tidak menambah atau mengurang jasa Tun Mahathir kepada nusa. Begitu juga dengan kegagalan sebagai Perdana Menteri dalam mempertahankan Kerajaan yang cuma sempat berusia 22 bulan. Itu cuma pendirian peribadi. Bagi banyak pihak lain, Tun Mahathir seolah-olah punya misi untuk mencela legasi sendiri. Sudah menjadi rahsia terbuka, Tun Mahathir merasakan hanya dirinya yang layak memimpin negara. Jawatan perdana itu hak eksklusif beliau. Dari zaman Pak Lah sehingga kini, Tun Mahathir tidak pernah jeda mengkritik sesiapa sahaja yang bersemayam di Perdana Putra. Kalau kritikan itu membina, tiada masalah. Namun setiap teguran beliau disulam dengan kata penuh kebencian. Hemat saya, seorang negarawan ulung sepatutnya sentiasa mah

RUMAH SUDAH SIAP, HADI MASIH BERBUNYI

Image
Kerajaan sudah selamat didirikan.  Malah semasa merasmikan istiadat pembukaan Parlimen, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pengharapan agar Anwar Ibrahim merupakan Perdana Menteri terakhir sebelum Baginda berangkat pulang ke negeri Darul Makmur. Kerajaan ini stabil. Rumah ini stabil. Pahat masih lagi berbunyi kerana kultus itu mahu menggambarkan seolah-olah Kerajaan sedia ada tidak stabil. Bila-bila masa boleh roboh.  Itu semua percaturan politik. Dengar boleh, percaya jangan. Rumah ini cukup sifatnya serta dibina mengikut spesifikasi dan aturan yang luhur. Ini bukan dua rumah terdahulu yang dibina oleh arkitek politik. Jangan khuatir. Khutbah Hadi tentang atap bocor dan kempen media sosial berbayar kononnya PMX bakal jadi XPM hanyalah dakyah songsang yang mahu meyakinkan anda betapa Kerajaan semasa tidak stabil. Rumah ini bukan didirikan di tepian pantai yang bisa dilambung ombak pada bila-bila masa. Rumah ini bukan berdinding kaca yang boleh diceroboh semudah balingan batu oleh mereka