Posts

Showing posts from April, 2023

KEDAH MENGALAMI MASALAH BEKALAN AIR KERANA SIKAP BODOH SOMBONG SANUSI

Image
1. DUN Kedah dah nak bubar, masalah bekalan air Kedah sampai ke sudah tak selesai-selesai. Apa sudah jadi pada pentadbiran negeri Kedah? Semua Menteri dapat gaji setiap bulan, satu kerja pun tiada yang terlaksana.  2. MB Kedah, Sanusi janji menjelang 2023 masalah bekalan air di Kedah akan selesai. Sudah nak masuk bulan Mei satu tindakan dan gerak kerja pun tiada yang terlaksana. Janji hanya tinggal janji dan jadi mimpi.  3. Situasi yang lebih memilukan, menjelang perayaan Aidilfitri dan sewaktu perayaan, bekalan air di Kedah konsisten terputus bekalan. Rakyat Kedah terpaksa beraya dengan ketiadaan bekalan air di sana. Disusuli pula dengan bekalan elektrik yang juga terputus sewaktu hari perayaan.  4. Pinggan mangkuk terpaksa dibiarkan membusuk di dapur. Sampai tahap, rakyat Kedah terpaksa mencari alternatif sendiri. Membeli air mineral untuk kegunaan harian. Bekalan elektrik yang terputus, menyebabkan anak-anak kecil di Kedah tidur dalam kepanasan yang diiringi dengan ketidakselesaan

SANUSI 'TERBAIK' UNTUK KEDAH!

Image
1. Tidak lama lagi dijangka akan berlakunya pembubaran DUN di Negeri Kedah. Sepanjang pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah, MB-Sanusi yang cukup membanggakan kami semua.  2. Tidak ada Menteri Besar atau Ketua Menteri di Malaysia ini yang mampu menandingi pencapaian Sanusi, hatta dengan jawatan sebagai Menteri Besar dan 7 portfolio yang dipegang satu masalah utama rakyat pun tak berjaya diselesaikan.  3. Isu apa? Isu airlah kawan, sat ada sat takda. Kadang-kadang ada, tapi bekalan airnya kotor. Isu bekalan elektrik pun boleh tahan jadinya di bulan Syawal ni.  4. Rasa kasihan tengok orang Kedah beraya tahun ni dengan bekalan air yang bermasalah. Kadang ada pun cumalah air kotor. Sebelah malam pula terpaksa bertiduran dengan didampingi kepanasan. Elektrik tiada, kepanasanlah jawabnya. Lagi kasihan yang ada anak kecil, tidur dalam kepanasan berselang tangisan.  5. Ada yang terpaksa membiarkan pinggan mangkuk membusuk di dapur sementara menunggu bekalan air datang. Ada yang terpaksa mandi ber

PERIKATAN NASIONAL YANG SUDAH TIDAK RASIONAL

Image
1. Melihat ketangkasan dan keberhasilan YAB PM menguruskan dan merencanakan Malaysia Madani membuatkan PN merasakan mereka semakin terancam. Sehingga sanggup mempolitikkan segala-galanya. Apa sahaja kebaikan yang dibuat oleh Kerajaan, semuanya menjadi dosa-dosa yang dilabelkan dan dipersepsikan.  2. PN semakin menjadi tak rasional menjelang bulan Syawal. Bayangkan isu pembatalan tayangan video PN takbir Hari Raya di TV3, disebabkan oleh masalah teknikal yang telah dijelaskan oleh TV3. Dikatakan agenda sekatan oleh Kerajaan. Betapa busuknya hati puak-puak PN ini, lain yang salah, lain yang dapat fitnah.  3. Sambutan Rumah Terbuka Madani di 6 negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi, dikatakan sebagai sambutan bermotifkan politik, kempen untuk PRN, dan suatu pembaziran.  4. Tetapi yang peliknya, Kerajaan Kelantan dan Terengganu yang datang daripada PN mengalu-alukan sambutan ini, terbuka dan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan YAB PM DSAI.  5. Terbaharu, Wan Saiful yang juga dat

MILIK MAHATHIR ADALAH HASMAH BUKAN RAHMAH*

Image
1. Ingatkan orang kuat GTA sahaja yang menghidap Demensia, rupa-rupanya kesemua ahli GTA mememiliki kemelut yang sama. Memori otak gagal berfungsi dengan baik, menyebabkan tindak tanduknya tak ubah seperti orang tua yang sedang nyanyuk.  2. GTA adalah gabungan parti politik yang memecahkan undi dan sokongan Melayu. GTA adalah jenama gabungan politik baru yang diwujudkan bertentangan dengan gagasan perjuangannya sendri.  3. Beriltizam untuk membela nasib Melayu, tetapi sayangnya kewujudannya hanya memecahbelahkan sokongan pengundi-pengundi Melayu dan menimbulkan konflik kepentingan dengan pemimpin-pemimpin politik Melayu yang lain.  4. Mereka tidak sedar akan kekalahan dalam PRU yang lalu, majoriti calon-calonya yang bertanding kalah dan hilang deposit. Isyarat ini jelas, rakyat Malaysia sebulat suara menolak kewujudan GTA di muka bumi Malaysia. 5. Terbaharu, mereka kata gagasan konsep Rahmah adalah cetusan Tun M bukan cetusan YAB PM DSAI. Peliknya, seawal konsep ini diperkenalkan Tun M

MENCARI KUIH RAYA BERTEPUNG SIMEN

Image
1. Tak akan jumpa lah jawapannya. Kecuali dari otak macai yang dilarut dengan bancuhan simen. 2. Kadangkala jenaka tak boleh melawan logik. Ia cuma menyerlahkan kejahilan yang lama terpendam. 3. Isu kenaikan harga simen ini bukanlah satu isu baru, ia sudah sekian lama melarat dan membebankan rakyat.  4. Mana tidaknya, kos harga simen yang tidak terkawal dan saban kali meningkat menyebabkan harga rumah melambung tinggi. Kos sewaan rumah & bangunan mencanak naik tidak berpenghujung.  5. Peniaga-peniaga yang menyewa bangunan untuk dijadikan premis terpaksa menaikkan harga jualan barangan. Untuk cover kos sewaan. Begitu juga dengan penyewa rumah, terpaksa membawar kos sewa rumah yang tinggi disebabkan tuan rumah terpaksa menaikkan kadar sewa setiap tahun disebabkan tekanan kos pemilikan rumah.  6. Akhirnya, Kerajaan Malaysia Madani hadir dengan satu alternatif Skim Simen Rahmah untuk merawat kemelut ini. Agar pemaju dan industri tidak terkesan dengan kos binaan dan bakal pengguna dan

SANUSI TAKSUB POLITIKKAN MALAYSIA MADANI

Image
Kalau semua perkara hendak dipolitikkan, habislah rosak sesebuah negara. Ketaksuban berpolitik memberikan kesan yang cukup mendalam kepada rakyat dan negara secara keseluruhannya.  Hatta ini yang berlaku di negeri Kedah. Menteri Besar Kedah, YB Sanusi yang tak habis-habis berpolitik akhirnya menyebabkan banyak isu-isu yang menjadi keperluan rakyat Kedah tidak dapat diselesaikan.  Bayangkan saja, masuk 3 Syawal hari ini isu bekalan air masih tidak lagi berjaya diselesaikan. Disusuli dengan masalah bekalan elektrik.  Kasihan rakyat Kedah, nak sambut Aidilfitri dengan rasa gembira terbeban pula dengan masalah bekalan air dan elektrik di sana.  Puncanya? MB Kedah terlalu taksub berpolitik. Kuman diseberang laut nampak, Gajah di pelupuk mata tak nampak.  Sanusi dan konco-konconya dalam Kerajaan Negeri Kedah perlu diberikan pengajaran dalam PRN yang akan datang! Mandat dan harapan rakyat negeri untuk mentadbir disia-siakan begitu saja. Logiklah kenapa penganalisis politik berkata Sanusi takk

ANGKUHNYA SEORANG TUN

Image
Saya pelik bin hairan melihat gelagat Tun M yang tak habis-habis mempolitikkan sesuatu isu untuk menjelikkan imej pentadbiran Kerajaan.  Bermula dari zaman pemerintahan Najib, Muhyiddin, dan Ismail Sabri hinggalah YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ada saja yang tidak disenanginya. Umum mengakui ketokohan Tun M, jasa dan sumbangannya lebih tinggi daripada Menara KLCC cetusan ideanya.  Tetapi tindak-tanduk Tun M hari ini sudah tidak lagi mencerminkan ketokohannya, jadi liar dengan membuat onar merosakkan imej pentadbiran yang ada.  Dahulu, katanya pentadbiran negara sudah nazak. Tetapi bila beliau mengambil alih semula pentadbiran apa yang dibuatnya?  Cuma kekacauan semata-mata, mana tidaknya bila dah buntu pilih untuk mengundur diri dari jawatan Perdana Menteri. Selepas itu gigih semula naik jadi Perdana Menteri Interim. Kegilaan apakah ini? Negara dan rakyat yang menanggung kesannya. Politik negara jadi tak stabil, habis berlarian dan bertempiaran pelabur-pelabur asing dala

KEDAH TUAN RUMAH AIDILFITRI 2023, SUDAH BERSEDIAKAH SANUSI BERAYA DENGAN ANWAR?

Image
Walaupun Sanusi tak habis-habis mentohmah Kerajaan Persekutuan dan YAB Perdana Menteri, tetapi sikitpun tak menjejaskan keprihatinan YAB Perdana Menteri terhadap negeri-negeri yang ditadbir oleh Pembangkang terutama negeri Kedah yang ditadbir oleh Sanusi. Inilah ‘Perinsip Keadilan’ yang sebenar.  Malah semalam YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Kerajaan memilih negeri Kedah sebagai tuan rumah bagi sambutan Aidilfitri peringkat Nasional.  Bermula dengan kontroversi billboard Madani tanpa wajah Sanusi, tuduhan larangan hadir ke majlis Kerajaan Persekutuan, hingga tuduhan untuk menyingkirkan Sanusi dari Majlis Kewangan Negara, MB Kedah sentiasa nampak tak duduk diam dengan pimpinan YAB PM Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Terang lagi bersuluh, tak ada satu pun kutukan peribadi dan provokasi Sanusi dibalas DSAI. Apatah lagi kritikan kepada keperibadian atau menggemparkan perkara yang tidak membantu kepada pentadbiran.  Jadi apa pendirian Sanusi pada ketika ini? Setelah sekian lama m

MENEKUNI 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN BERSAMA MENTERI BESAR SELANGOR

Image
Baru-baru ini MB Selangor, YAB DATO' SERI AMIRUDIN SHARI telah mengadakan Qiamuallail Perdana pada 12 April 2023 bersamaan 21 Ramadan yang bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.  Beliau melaksanakan Qiamuallail Perdana bersama seramai 2,000 orang jemaah. Difahamkan juga, Qiamuallil Perdana merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, dengan membenarkan para jemaah bermalam di masjid bagi mencari malam Lailatul Qadar.  Selain itu beliau juga turut terlibat secara langsung dalam siri rancangan membaca dan mentadabur ayat suci Al-Quran ‘30 hari 30 ayat’ yang disiarkan di TV Al-Hijrah setiap hari pada jam 5:55 petang.  Sebagai rakyat Malaysia yang lahir dan dibesarkan di Selangor saya berasa begitu kagum dan bangga mempunyai Menteri Besar seperti beliau.  Beliau merupakan salah seorang pemimpin negara yang wajar dicontohi dan dijadikan tamsilan oleh pemimpin-pemimpin lain.  Walaupun setiap hari bergelut dengan pelbagai tugasan seba

BEKALAN AIR TERJEJAS DI MARANG MENJELANG AIDILFITRI, HADI AWANG BUAT APA?

Image
Apa sudah jadi di Parlimen Marang?  8 lokasi di daerah Marang dikenalpasti sebagai kawasan yang bakal berdepan dengan masalah bekalan air, menjelang aidifitri ni.  Kami ingatkan sepanjang Hadi Awang tidak menghadiri parlimen, beliau sendiri yang turun padang buat servis bekalan air di 8 lokasi yang dikenalpasti.  Rupanya-rupanya sekali lagi Hadi gagal menjelaskan di manakah keberadannya sepanjang beliau ponteng perbahasan di Parlimen.  Hatta, di mana peranan beliau dalam isu ini? Masih kabur dan belum jelas peranan Hadi menjadi wakil rakyat di Marang.  Barangkali juga, pemilihannya adalah sebagai simbolik kemegahan PAS semata-mata. Tapi kalau nak dikatakan megah, di mana pula letak kemegahannya? Kemegahan yang barangkali boleh dibanggakan PAS dan kuncu-kuncunya melihat kepada betapa konsistennya kegagalan Hadi menyelesaikan isu-isu asas rakyat di Marang.  Sudah sekian lama, menakluk parlimen Marang, isu bekalan air pun masih tak selesai-selesai. Sibuk mencari kesalahan pihak Kerajaan,

BUTA HATI BUAT HADI JADI ANGKUH

Image
Mentafsir sesuatu di luar konteks adalah kepakaran ulung Haji Angkuh. Melabelkan orang lain menentang Al-Quran, menjenamakan orang lain buta hati.  Beliaulah yang terpaling pakar jenama. Kepelbagaian jurus pandang beliau menyaingi resipi Khairulaming sesedap rasa. Haji Hadi lebih dari rasa. Baru-baru ini beliau membuat ciapan ‘Buta Hati Menuduh Melayu Angkuh’. Ciapan ini jelas, Abdul Hadi cuba memainkan lagi sentimen Melayu-Islam.  Sehingga lupa Abdul Hadi sedang menelangjangkan kedangkalannya.  Abdul Hadi dan PAS sangat menyukai sentimen ini, kerana mereka percaya bila sentimen ini digembar gemburkan pastinya rakyat akan menyokong mereka.  Tetapi tahukah ia adalah sentimen kuno? yang mencermin ketidakrelevanan PAS dan Abdul Hadi?  Ketika seorang ketua negara memberi peringatan mesra, Hadi menyambutnya sebagai peluru politik. Maka Walaun bergembira seolah-olah YAB PM telah menurut jejak langkah Hadi yang ternama dengan operasi menjenama. PMX jelas di dalam kenyataannya bahawa kesemua y

KEPETAHAN BERBAHASA ANWAR IBRAHIM YANG TIADA BANDINGNYA

Image
Saya percaya seluruh rakyat Malaysia mengenali dan mengetahui akan kepetahan dan kefasihan berbahasa PMX.  PMX bukan sahaja dikenali sebagai sosok yang mampu menyadurkan pengaruh secara berkesan dalam ucapan pidatonya malah beliau juga serorang pendebat yang matang dan kaya dengan fakta dan analisis sewaktu berbahas di Parlimen.  Hatta boleh saya katakan PMX merupakan antara pemimpin politik di dunia yang mempunyai peminat-peminat yang mengagumi dan menggemari setiap bait-bait ucapannya.  Semalam wujud satu bingkisan daripada seorang Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional, Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa PMX memberikan kualiti jawapan yang rendah, meleret-leret dan ayat pengucapan menjadi caca merba.  Maka ia memberikan kesan kepada pembangkang, minat untuk mendengar sesi soal jawab PMX di Parlimen pun menjadi rendah.  Jika didengar atau dibaca sekali imbas akan bingkisan Wan Skandal Jana Wibawa ini, kita menyedari bahawa tindakan pembangkang keluar daripada Parlimen baru-baru in

MERAIKAN MINORITI BUKAN SETAKAT MEMBENARKAN PERAYAAN

Image
Bila YAB Perdana Menteri mengambil hikmah dari lawatan beliau ke Kemboja, sudah pastilah pembangkang terjerat lagi dengan kebodohan sentimen pro-Melayu Islam yang tidak berasas. Merekalah yang terpaling Ultras Melayu. Peringatan kepada 'keselesaaan' dan 'keangkuhan' majoriti melayu ini begitu sayang terbuang tanpa diambil sebarang iktibar. Bila teguran diberi secara umum dan sebahagian 'wakil' Melayu-Islam tidak dapat menerima secara berlapang dada, bukankah itu sifat angkuh? Sebaliknya kenyataan tersebut diputar ke hujung dunia dengan cubaan mahu membuktikan Melayulah yang paling bertolak ansur dengan bangsa atau penganut agama lain. Apakah konsep peringatan yang dipakai untuk masa hadapan menafikan segala toleransi kita pada masa lalu? Tidak. Keselesaan dan keangkuhan ini terpakai bila Parti Politik tertentu begitu menebalkan keunggulan peribadi dengan menolak perjuangan parti lain hanya kerana perlembagaan merekalah yang terpaling berpandukan Al-Quran dan Al-

CARA MEMBEBASKAN PEMIMPIN PARTI DARIPADA KEJAHILAN

Image
1. Tak boleh ada duit. Jika ada duit, perlu agih pada pengundi dengan bersumpah undi parti selepas pilihanraya. 2. Buka Tabung Jihad tin Milo dalam ceramah, supaya tak ada money trails dalam rekod bank yang mengundang keraguan munasabah pendanaan politik 3. Gunakan Wang Kerajaan Negeri untuk upgrade kereta rasmi, paling terbaik beli Mercedes. Jadi tak ada isu duit Kerajaan Negeri berlebihan yang naikkan risiko salahguna 4. Bina Pusat Asuhan Kanak-kanak dengan bayaran gaji berkebajikan. Tanpa caruman KWSP. Jika ada caruman nanti pekerja tak ikhlas, guru dikira menerima sogokan dan tidak mengajar kerana Allah 5. Sebarkan fitnah. Ini paling berkesan. Ramai-ramai kena bayar saman fitnah, mana ada baki dah nak beri rasuah. Mulakan dengan modal air liur, tamatkan dengan modal rasa tertindas.

PMX TANGANI ISU DOKTOR KONTRAK

Image
Desas desus yang mengatakan PMX mengabaikan nasib dan kebajikan Doktor Kontrak, adalah khabar angin yang cuba menutupi kesungguhan dan keprihatinan PMX yang menerajui kepimpinan Kerajaan Malaysia Madani dalam menjamin nasib dan kebajikan pekerja-pekerja kontrak dalam sektor perubatan.  Buktinya, semalam PMX telah mengumumkan bahawa Kerajaan sedang melaksanakan proses penyerapan seramai 12,800 orang Doktor Kontrak ke jawatan tetap.  Namun penting untuk diketahui umum, atas dasar beberapa kekangan proses penyerapan Doktor Kontrak ke jawatan tetap dijangka mengambil masa tiga tahun.  Namun sebagai permulaan seramai 4,300 Doktor Kontrak akan diserap ke jawatan tetap tahun ini. Manakala bagi pegawai kontrak lain dijangkakan akan diserap ke jawatan tetap menjelang 2025. PMX begitu menghargai akan jasa dan pergorbanan Doktor yang berstatus kontrak kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya.  Bagi memastikan tindakan dan pendekatan yang diambil berhasil, PMX dan barisan kabinet berusah

MUHYIDDIN, HAMZAH & HADI KECUT BERDEPAN DENGAN PMX DI PARLIMEN

Image
Dalam sifir perang, mana-mana  pasukan yang berundur sebelum atau semasa bertempur, maka mereka adalah pasukan yang kalah dan gagal.  Pengunduran itu juga menuntut panglima perang yang memimpin pasukan berkenaan meletakkan jawatan serta merta. Pengunduran bukan saja menjatuhkan air muka wilayah yang diwakilinya malah ia menjatuhkan maruah angkatan tenteranya.  Saya melihat sifir ini begitu simbiosis dengan keadaan politik negara yang terkini khusus terarah kepada pihak pembangkang, yang saban hari sudah mula menunjukkan ketidakrelevanannya. Beberapa hari yang lalu berlaku satu sandiwara di Parlimen apabila pihak Perikatan Nasional selaku pembangkang bertindak keluar dewan sebagai tanda protes apabila usul berkenaan pengeluaran KWSP bersasar ditolak dewan.  Sandiwara ini seakan-akan sudah mendarah daging dalam Perikatan Nasional. Sebelum ini sandiwara keluar beramai-ramai daripada Dewan Rakyat juga pernah dicetuskan oleh PAS sewaktu pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohammad

KELUAR DARI PARLIMEN BERKONGSI KEJAHILAN

Image
Tak puas hati sebab tak dapat bahas usul KWSP ni alasan paling busuk untuk buat kecoh.  Waktu ramai-ramai berdiri protes macam pemuja iblis dalam filem Pengabdi Setan pun sudah nampak cringe.  Pagi yang sama Kerajaan beri penyelesaian untuk golongan terdesak, pagi yang sama Pembangkang tersedak dan kontang idea untuk terus nampak relevan. Sebenarnya pengurusan persepsi pembangkang terlalu gagal. Sudah pastilah kronologi KWSP ini sengaja hendak diperbesar susulan Ahli Sihir berjalan kaki dari JB ke Kuala Lumpur siap bersongkok berkemeja kemas. Ketika PN sebahagian dari Kerajaan Malaysia dahulu, Muhyiddin dan PAS sama-sama liat, keberatan nak benarkan pengeluaran KWSP, sampai keluar kenyataan kepada sokongan Bajet 2021 BN ibarat syarat Puteri Gunung Ledang.  Kini sudah jadi Pembangkang, empat Gunung sudah ditarah, mahu kerajaan sondol gunung kelima memecahkan tradisi poligami. Mungkin Puteri Gunung Ledang yang pertama sudah mangkat, perlu pengeluaran kali kelima sebagai mahar meminang ra