Posts

Showing posts from May, 2023

PERLIS TAK NAK CLAIM KEDAH PUNYA?

Image
Panglima Perang PN bukannya tak faham Perlembagaan. Sebenarnya cuba alih perhatian dan lapar publisiti. Ini ialah cubaan jelas untuk sorok kegagalan pembangunan Kedah. Taktik lapuk buat rakyat marah dan timbulkan hasutan para pentaksub PAS ni memang sebagi dengan MB Sempoi.  Tahap tak malu claim negeri kaya ni bukan sebarangan tuan-puan. Tahun lepas Pulau Pinang hasilkan padi paling tinggi dalam negara, walaupun tanah padi lima kali ganda lebih sedikit dari Kedah. Semua tahu Pulau Pinang negeri kaya, kedua di atas selepas Selangor, 'sepadan' dengan Kedah, kedua terbawah sebelum Kelantan.  Sanusi tahun lepas bukan main yakin nak tuai padi Kedah lima kali setahun, tahu-tahu minggu lepas keluar pula statement bodoh Kedah diarah untuk miskin, sebab tanam padi untuk negara. Jadinya, Pulau Pinang bukan sebahagian dari Kedah la sebab 'tak diarah jadi miskin'?  Jenaka bodoh ni memang publisiti murahan. Sanusi tahu kalau Kedah dan Penang 'bergabung' memang kerusi DUN me

6 BULAN KERAJAAN PERPADUAN : SIAPA MENTERI MVP?

Image
6 bulan telah berlalu sejak peristiwa bersejarah pembentukan Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan Anwar Ibrahim akhirnya ke Perdana Putra. Anwar kemudiannya membentuk kabinet yang terdiri daripada 28 Menteri dan 27 Timbalan Menteri. Sebagai rakyat biasa merangkap pemerhati yang tidak ditauliahkan mana-mana pihak, saya akan menyenaraikan 3 Menteri yang menurut hemat saya merupakan MVP dalam menjalankan tugas mereka. Untuk makluman, Anwar Ibrahim akan dikecualikan daripada senarai ini. Mengapa? Well, he’s the real MVP. 3. Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital Seperkara yang dipelajari oleh PH daripada pengalaman singkat 22 bulan sebagai Kerajaan sebelum ini ialah komunikasi itu penting. Selepas mengambil alih Kerajaan pada tahun 2018, PH teruk diasak dengan propaganda dan fitnah. Mereka terpaksa menjawab satu demi satu serangan sampaikan rakyat tidak jelas tentang dasar dan pelan Kerajaan. Situasi kini berubah. Fahmi Fadzil bijak mengurus persepsi rakyat. Setiap minggu, beliau akan

KAJI SELIDIK ENDEAVOUR-MGC : ANWAR IBRAHIM PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

Image
6 bulan setelah mengambil alih Kerajaan, prestasi Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan kini diletakkan di bawah kanta pembesar. Endeavour-MGC, sebuah badan bebas yang berpengalaman menjalankan kaji selidik lapangan antara yang terawal mengeluarkan kajian sentimen mereka. Bancian itu membabitkan 1,068 responden melibatkan semua kaum, dan 791 responden Melayu yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Rangkuman keseluruhan kajian tersebut jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Anwar Ibrahim (46%) masih kekal sebagai pilihan utama responden semua kaum menerajui negara diikuti oleh Muhyiddin Yassin (25%).  Manakala Ismail Sabri dan Khairy Jamaluddin yang ‘keluar sekejap’ daripada arena politik masing-masing dipilih oleh 6% responden semua kaum. • Kestabilan Kerajaan 61% responden semua kaum berpuas hati (53%) dan sangat berpuas hati (8%) dengan kestabilan politik tanah air. • Isu agama 57% responden Melayu berpuas

RUKUN PAS : FITNAH, SAMAN & MINTA MAAF

Image
”Wallahi, saya undi PAS!” Itu syahadah sebelum mengundi parti yang mengaku terpaling Islam di Malaysia. Rukun PAS pula ada 3. Tabur fitnah, disaman di mahkamah kemudian meminta maaf. Kesemuanya perlu tertib dan ikut turutan. Selesai hal-hal tersebut, maka tahniah (dibaca : takziah) anda kini sah sebagai ahli PAS. Fitnah itu tiang PAS. Selagi belum ditabur fitnah, anda belum cukup PAS. Kita mulakan dengan Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS. Sanusi mengesahkan ketaqwaan beliau sebagai ahli PAS apabila memfitnah Mahfuz Omar memindahkan pusat judi Sport Toto ke Pokok Sena. Atas nama persaingan sihat, Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak membuktikan beliau lebih PAS daripada Sanusi dengan 2 kes fitnah dalam masa hanya 2 tahun. Pertama, fitnah terhadap Lim Guan Eng kononnya beliau melarang pekerja hotel memakai tudung. Kedua, Razman memfitnah Anwar Ibrahim berkaitan dengan gerakan LGBT. Rukun kedua pula ialah disaman di mahkamah. Selagi tidak bertaw

ANWAR IBRAHIM IKON KEMANUSIAAN GLOBAL

Image
Tulisan ini bukan tentang seribu satu anugerah, pingat dan kebesaran yang diterima Anwar Ibrahim di serata dunia. Saya percaya bahawa kerja-kerja kemanusiaan tidak boleh diukur melalui pengiktirafan dari mana-mana badan dunia, Kerajaan mahupun universiti terkemuka. Penilaian harus dibuat ke atas tindakan dan bukannya pengiktirafan. Tindak-tanduk Anwar Ibrahim dalam mempromosikan kemanusiaan di seluruh dunia tidak boleh dinafikan sama sekali. Anwar Ibrahim membesar sebagai seorang aktivis yang lantang dalam isu kemanusiaan global. Krisis Palestin, Perang Teluk, pencerobohan AS di Afganistan dan Iraq merupakan antara isu yang pernah disuarakan Anwar sebelum ini. Selepas menghuni kerusi empuk Perdana Menteri, Anwar tidak terus selesa dengan kuasa. Sebaliknya, beliau menggunakan platform yang kini lebih besar sebagai ketua negara untuk terus menyuarakan isu-isu kemanusian yang berlaku di dunia. Semasa pertemuan dengan wakil OIC di Arab Saudi, Anwar memberikan kata dua tentang kesediaan neg

MENILAI KERJASAMA PH-BN SELEPAS 6 BULAN MEMBENTUK KERAJAAN

Image
Sewaktu Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Perpaduan akan dibentuk dengan kerjasama BN, ramai yang terkesima. Bagaimana UMNO akan duduk semeja dengan musuh tradisi mereka DAP? Bagaimana dengan caci-maki-hamun PH dan BN antara satu sama lain selama ini? Ada yang sekadar mensyukuri berita Anwar Ibrahim akhirnya menjadi Perdana Menteri. Tidak kurang juga yang pesimis. Apapun, penyatuan PH-BN di bawah satu bumbung adalah magis Anwar. Luar biasa, tiada siapa yang bisa menduga. Orang putih kata, ibarat mengeluarkan arnab dari dalam topi. 6 bulan pantas berlalu.  Kerajaan masih stabil (abaikan Hadi dan ‘doh cukup jumloh’).  Ekonomi semakin pulih. Melayu dan Islam masih lagi bahasa dan agama rasmi Persekutuan, tidak seperti yang dikhuatiri walaun di seberang sana. Sekarang masa yang sesuai untuk menilai kembali kerjasama PH-BN. Saya tidak akan lambakkan fakta kenaikan KDNK, pulangan pelaburan tertinggi dalam sejarah dari China atau segala macam dasar yang dikeluarkan - Malaysia Madani,

ANWAR & JANJI BAPA-BAPA KEMERDEKAAN KITA

Image
“Tanggungjawab pimpinan saya adalah melaksanakan sumpah setia dan janji bapa-bapa kemerdekaan kita.” Demikian bicara Anwar Ibrahim tentang komitmen Kerajaan untuk memperkasa semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). MA63 adalah sumpah Tunku Abdul Rahman, Tun Fuad Stephens, Temenggung Jugah dan Tan Sri Datuk Amar Stephen untuk bekerjasama sebagai rakan sekutu dalam membangunkan Malaysia. Sabah dan Sarawak adalah rakan sekutu, tidak lebih dan tidak kurang. Malangnya sepanjang tempoh 60 tahun yang lalu, Sabah dan Sarawak berterusan dianaktirikan. Nama mereka hanya diulang sebut 5 tahun sekali apabila tiba musim pilihan raya. Selepas itu, Sabah dan Sarawak ditinggalkan kembali. Janji tinggal janji. Pulanglah kamu ke seberang dan ketemu kita 5 tahun lagi. Sebab itu, sungai masih menjadi laluan anak-anak di Sabah untuk ke sekolah serta tempat ibu-ibu di Sarawak mencuci pakaian. 60 tahun selepas MA63, Anwar Ibrahim kini di pundak kuasa. Di sebelah kirinya, seorang anak Sarawak bernama Fadillah

SANUSI LANGGAR MAJLIS RAJA-RAJA & PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Image
Kalau dicari perkataan kontroversi dalam kamus, anda akan menemukan foto Sanusi Md Nor. Semalam, Sanusi kembali lagi dengan satu kenyataan dungu. “Pulau Pinang itu Kedah punya.” SubhanAllah. Bawa mengucap Sanusi. Kalaupun kamu begitu tergila-gilakan publisiti murahan, jangan sampai keluarkan kenyataan yang jelas tidak menghormati Majlis Raja-Raja dan undang-undang negara. Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan jelas mengiktiraf Pulau Pinang sebagai salah satu Negeri Persekutuan. Perkara 2 pula menyatakan bahawa tindakan mengubah persempadanan negeri tidak boleh dilakukan tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Ini yang cuba dilakukan oleh Sanusi, mengubah sempadan negeri sesuka hati. 2 perkara paling awal dalam Perlembagaan pun Sanusi tidak mengerti. Maka boleh kita katakan bahawa Sanusi tidak pernah baca, faham dan ambil tahu tentang undang-undang tertinggi negara. Bagaimana mahu jadi wakil rakyat kalau sebegini rupa tindakan dan pengetahuan kamu, wahai Sanusi? Apabila diasak oleh wartawan adaka

SEJARAH ANWAR DENGAN ORANG KELANTAN

Image
Subky Latif, pengasas Harakah dalam bukunya Siapa Ganti Asri menamakan Anwar Ibrahim sebagai individu yang paling layak menggantikan Presiden PAS itu. Mantan Menteri Besar Kelantan, Asri Muda bukan sekadar seorang Presiden buat PAS, beliau ialah satu simbol atau ikon. Sebagaimana Anwar kepada PKR, sebegitulah Asri Muda kepada PAS. Semasa Pilihan Raya Umum 1978, Anwar pernah membantu Asri mempertahankan Kerajaan PAS di Kelantan. Kepercayaan yang tinggi terhadap kepimpinan Anwar membuatkan Asri Muda sendiri pernah menawarkan jawatan Yang Dipertua Agung PAS kepada Anwar. Asri Muda, anak jati Kota Bharu merupakan antara guru politik terawal buat Anwar Ibrahim. Satu lagi individu yang juga banyak mendidik Anwar tentang selok-belok politik ialah Ustaz Yahya Othman, anak kelahiran Machang. Kesemua ini berlaku sebelum Anwar menyertai mana-mana parti politik secara rasmi. Selepas beliau mengasaskan PKR, pemimpin-pemimpin Kelantan masih lagi membantu Anwar meskipun kini berbeza panji. Sewaktu A

APABILA AKTIVIS PENDIDIKAN JADI PERDANA MENTERI

Image
Kredibiliti insan bernama Anwar Ibrahim sebagai seorang intelektual yang disegani dunia hadir dengan sejarah panjang beliau memperjuangkan isu pendidikan. Nama Anwar Ibrahim mula disebut-sebut di Malaysia sebagai seorang aktivis mahasiswa yang lantang menentang kebobrokan pentadbiran negara. Anwar pernah mengetuai protes mahasiswa terhadap kemiskinan tragis dan kelaparan penoreh getah yang kini dikenali sebagai Demonstrasi Baling 1974. Susulan itu, beliau telah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menghabiskan 20 bulan di Kem Tahanan Kamunting. Sebagai mahasiswa juga, Anwar merupakan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, satu gerakan mahasiswa yang dianggap radikal dan berhaluan kiri pada zaman 70-an. Anwar Ibrahim menggunakan platform itu untuk mengkritik Kerajaan secara terbuka menerusi sudut pidato dalam isu terkait hak mahasiswa, kebebasan media dan kemiskinan. Beliau turut bertanggungjawab mengasaskan Yayasan Anda Akademik bagi membantu pelajar-p

KEBEBASAN MEDIA HADIAH TERBESAR ANWAR IBRAHIM SEMPENA HARI WARTAWAN

Image
Tanggal 29 Mei setiap tahun telah diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional. Sosok bernama Anwar Ibrahim sudah tentu faham peri pentingnya kebebasan media. Masakan tidak, beliau sendiri pernah menjadi mangsa pembunuhan karakter oleh politikus usang yang menjadikan media sebagai aparat politik. Sekiranya anda sudah lama mengikuti perjalanan politik Anwar Ibrahim, anda akan sedar bahawa beliau bukanlah seorang pendendam. Beliau tidak akan sesekali menggunakan media sebagai alat untuk menindas lawan meskipun dirinya sendiri pernah dihunus senjata tersebut. Oleh itu, hadiah terbesar Anwar Ibrahim kepada para wartawan ialah kebebasan media. Mereka boleh menulis dan menyampaikan apa-apa sahaja, asalkan berlandaskan fakta yang sahih. Hal ini direfleksi menerusi Indeks Kebebasan Media Dunia oleh Reporters Without Borders yang menunjukkan peningkatan kedudukan Malaysia daripada tempat ke-119 kepada ke-113 sebaik Anwar Ibrahim menghuni pejabat nombor satu negara. Malah, Malaysia merupakan negara

PAS BERSAMA DAP BOLEH, UMNO BERSAMA DAP TAK BOLEH?

Image
Hadi Awang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO akan tersasar sekiranya terus bekerjasama dengan DAP. Dengan menggunakan hujah yang sudah dikitar semula beribu kali, Hadi mendakwa DAP cuba untuk mencabar kedudukan Islam. Buktinya? Tidak ada. Hadi Awang bangkitkan pula soal pengharam arak dan judi kepada orang Islam yang kononnya ditentang DAP. Komentar seperti ini saya tidak terkejut sekiranya datang daripada walaun. Rupanya, Presiden mereka sendiri sudah mula mempercayai penipuan yang mereka sendiri cipta. Tunjukkan resit kepada semua bahawa DAP memperjuangkan hak orang Islam untuk berjudi dan minum arak. Sudah tentu, PAS dan Hadi tidak mampu berbuat sedemikian. Akan tetapi, saya boleh hadir dengan lambakan fakta yang sebenarnya DAP menghormati kedudukan Islam di Malaysia. Lihat sahaja di Pulau Pinang, negeri terpaling DAP di mata PAS. Dalam Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2023, Kerajaan pimpinan DAP telah meningkatkan peruntukan bagi tujuan pembangunan Islam kepada RM75.08 juta.

ANWAR IBRAHIM TELADANI KETAMADUNAN ISLAM

Image
Anwar Ibrahim merupakan pemimpin dan intelektual Muslim yang punya hasrat dan cita untuk membangunkan Malaysia dengan mencontohi ketamadunan Islam masa lalu. Gagasan besar yang memayungi pentadbiran Kerajaan Perpaduan ialah Malaysia Madani. Madani merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab yang bererti kemajuan pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Konsep ‘Madani’ dipercayai digagaskan oleh Ibnu Bajjah, seorang sarjana Islam dan menteri semasa zaman Tamadun Islam Andalusia. Beliau menekankan kepentingan untuk mengimbangi pembangunan materi dan nilai insan. Perkara ini yang cuba diasimilasi pentadbiran Anwar Ibrahim menerusi Malaysia Madani. Antara langkah terawal yang diambil Anwar Ibrahim sebaik mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ialah menjadikan Seri Perdana sebagai pusat kegiatan ilmu. Para ulama dan huffaz dari seluruh dunia bertandang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk menjayakan majlis ilmu. Misalnya, Majlis Mahabbah Ulama pada Januari lalu yang menjemput 2 ilmuwan t

BERSATU KINI LIABILITI BUAT PAS

Image
Sifirnya mudah, BERSATU perlukan PAS, manakala PAS pula tidak perlukan BERSATU. PAS merupakan parti yang mempunyai kerusi Dewan Rakyat yang terbanyak, dengan  49 kerusi berbanding BERSATU yang cuma menyumbang 24 kerusi. Namun lagak BERSATU tidak tumpah seperti sebuah parti yang kuat, walhal mereka sekadar menumpang tsunami hijau. Pengerusi PN? BERSATU. Ketua Pembangkang? BERSATU. Ketua Ahli Parlimen PN? Juga BERSATU. Sewaktu PRU-15, modal yang dijual PN untuk membeli undi adalah kononnya mereka parti yang bersih. Bebas daripada kluster mahkamah. Namun untuk PRN akan datang, propaganda yang sama sudah tidak laku. Presiden, Timbalan Ketua Bahagian dan mantan Ketua Penerangan BERSATU kini berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan rasuah. Malah ahli keluarga mereka turut terpalit sama. Terbaru, anak Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung BERSATU juga direhet ke muka pengadilan atas kesalahan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak melebihi had yang dibenarkan. Jadi, apa yang membe

APA YANG CUBA DISAMPAIKAN MELALUI FESYEN ANWAR IBRAHIM?

Image
Istilah ‘power dressing’ dipopularkan pada zaman 70-an bagi menggambarkan pemilihan pakaian oleh pemimpin dan kaitannya dengan corak kepimpinan mereka. Anwar Ibrahim tidak terkecuali daripada senarai panjang pemimpin global dan lokal yang mencuri perhatian dengan pemilihan fesyen beliau. Anwar Ibrahim memulakan tugasan di Perdana Putra dengan baju Melayu dan bersamping dagang dalam, dilengkapi dengan capal. Riuh media sosial dengan perkataan ‘sempoi’ dan ‘santai’. Tidak kurang juga yang mengkritik dengan mengatakan pemilihan pakaian Anwar Ibrahim kelihatan tidak formal. Buat yang kurang mangli dengan istilah ‘dagang dalam’, ianya bermaksud pemakaian samping di belakang baju Melayu. Cara pemakaian tersebut dipercayai dipopularkan oleh Sultan Abu Bakar dari Johor, bezanya busana yang dikenakan adalah Cekang Musang. Imej pertama yang cuba ditampilkan Anwar Ibrahim sebagai seorang Perdana Menteri adalah ‘relatable’ atau mudah didekati. Anwar Ibrahim ialah pemimpin rakyat biasa. Asalnya ora

6 BULAN MEREFORMASI MALAYSIA

Image
6 bulan adalah tempoh yang singkat bagi menjayakan suatu perubahan besar-besaran di dalam negara. Tambahan lagi, kebobrokan yang ingin direformasikan adalah bersifat sistemik. Namun hal ini tidak menghalang DSAI untuk mengetuai Kerajaan dalam melaksanakan agenda reformasi institusi. Ya, tulisan ini akan merujuk Anwar Ibrahim sebagai DSAI kerana saya percaya akronim tersebut lebih sinonim dengan perjuangan reformasi. Perkara pertama yang dibuat DSAI sebaik menghuni Perdana Putra adalah mereformasi sistem perolehan Kerajaan. Pada 29 November tahun lalu, DSAI mengumumkan tata kelola perolehan Kerajaan baharu tidak boleh lagi berlaku tanpa tender terbuka. Beliau turut mencadangkan supaya syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam tender projek mega Kerajaan tidak akan dinamakan ketika semakan jawatankuasa tender bagi memastikan wujud ketelusan. Dalam masa yang sama, 6 projek tebatan banjir dan projek Jana Wibawa yang diluluskan Kerajaan terdahulu melalui proses perolehan yang meraguka

KELANTAN MUNDUR SALAH ANWAR?

Image
Saya yakin sebahagian besar daripada pembaca menggaru kepala kebingungan sebaik membaca tajuk. Namun, itulah kenyataan yang dikeluarkan Hadi Awang. Air kotor salah Anwar. Negeri miskin salah Anwar. Infrastruktur mundur salah Anwar. Kata Hadi, Kelantan menjadi mundur sejak zaman Anwar sebagai Menteri Kewangan lagi. Soalnya, kenapa Hadi tidak salahkan Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Mahathir? Kita semua tahu jawapannya. Maklumlah, Hadi kini tidur sebantal dan berkongsi mimpi dengan Mahathir. Mana mungkin Hadi menuding jari ke arah individu yang menghina mangsa Memali itu. Jari mereka sudah terjalin erat, berjabat dan bersalaman di bawah Proklamasi Orang Melayu. Jadi kalau Hadi tidak mampu (dibaca : mahu) salahkan Tun, Hadi sepatutnya melihat diri sendiri di cermin. Parti pimpinannya mendiami kerusi empuk di Putrajaya selama 33 bulan. Waktu itu, Tuan Ibrahim sendiri memegang jawatan Menteri Alam Sekitar dan Air. Masalah alam sekitar seperti pembalakan di Kelantan masih tidak selesai.

KENAPA ORANG MELAYU SUDAH BOLEH MULA PERCAYAKAN DAP?

Image
Apabila Zahid Hamidi menyeru ahli-ahli UMNO untuk memangkah calon DAP dalam PRN kelak, bergempitalah ruang maya dengan serba-serbi komentar warganet. Maklumlah, orang-orang Melayu punya sejarah yang panjang diajak bermusuhan dengan DAP. “DAP anti monarki!” “DAP ancam hak orang Melayu!” “Semua salah DAP!” Orang Melayu mendewasa dengan tohmahan ini. Propaganda tersebut sebenarnya hanya berasaskan cita-cita politik dan tidak disokong bukti yang jelas. DAP pernah bekerjasama dengan PAS, parti terpaling Islam. DAP kini bekerjasama dengan UMNO, parti terpaling Melayu. Waktu itu, ulama-ulama PAS mengeluarkan seribu satu asbab mengatakan DAP sekutu mereka yang tidak pernah berniat menggugat kedudukan Islam dan Melayu. Waktu kini pula, Presiden UMNO sendiri yang menyeru orang Melayu untuk menyokong DAP. Sebenarnya jelas, DAP hanya mangsa tikaman politik.  Waktu disokong, mereka dipuji sentiasa. Waktu dilawan, mereka dihina merata. Jadi, abaikan segala bentuk propaganda yang anda pernah baca dan

NIK ABDUH TERUSKAN LEGASI TOK GURU, BAWA PAS KE PERJUANGAN ASAL

Image
Sekiranya anda berkesempatan ke markas PAS terutamanya di kawasan pedalaman Kelantan, masih ramai penyokong PAS yang percaya bahawa parti itu sudah berubah. PAS kini bukan lagi PAS yang mereka kenali suatu masa dahulu. Namun, mereka tidak akan sesekali membelakangi parti. Mereka setia. Mereka tetap percaya kepada perjuangan agama yang masih ada sisanya di dalam PAS. Kesetiaan ini yang menjadikan PAS tidak sama dengan parti-parti yang lain.  Kesetiaan ini jugalah yang masih ada pada Nik Abduh, anak Tuan Guru Nik Aziz. Sewaktu abangnya keluar meninggalkan PAS, Nik Abduh masih setia. Sewaktu beliau digugurkan sebagai calon PAS semasa PRU-15, beliau tetap bersama parti. Nik Abduh punya hasrat dan cita untuk membawa PAS kepada perjuangan asal mereka. Walaupun iltizam ini bermakna beliau akan cuba disingkirkan perlahan-lahan daripada parti, namun semangat beliau untuk mengubah PAS dari dalam tetap tidak berubah. Saya yakin beliau kecewa sewaktu PAS memilih untuk berselimut dengan Tun Mahathi

WARNA-WARNI SANG HIPOKRIT

Image
Lewat ini, kecoh dan ripuh kultus walaun tentang konsert Coldplay di media sosial. Kata mereka, Coldplay sebagai penyokong tegar gerakan LGBT tidak layak menjejakkan kaki di Malaysia. Maka dikeluarkan seribu satu kisah tentang laknat Tuhan yang bakal melanda seandainya  lagu-lagu Coldplay dikumandangkan di Bukit Jalil. Sudah-sudahlah menjadi hipokrit. Kamu bukannya tidak tahu, cuma buat-buat tidak tahu yang sebenarnya konsert Coldplay diluluskan pada Oktober 2021. Waktu itu, PN masih di dalam Kerajaan. Saifuddin Abdullah pula Menteri Komunikasi dan Multimedia. Billie Eillish, satu lagi selebriti yang lantang menyokong LGBT juga pernah menganjurkan konsert di Malaysia sewaktu PN di pundak kuasa. Tidak ada pula suara sumbang yang menentang ketika itu. Ini hipokrit namanya. Mercedes Benz yang dipakai politikus PAS di Kelantan juga dihasilkan pengeluar kenderaan yang menyokong LGBT. Facebook dan Twitter yang dijadikan lapangan fitnah walaun juga mendorong kebebasan seksualiti. Banyak lagi

GOSIP, POLITIK DAN SELEBRITI

Image
“Anwar mahu jadi PM atau selebriti?” itu kata Saifuddin Abdullah. Kata saya, Anwar Ibrahim tidak perlu pilih. Dialah PM, dia juga selebriti. Malah mana-mana PM sememangnya merupakan selebriti. Tidak keterlaluan juga untuk saya katakan bahawa kamu juga selebriti, Saifuddin. Apa itu selebriti? Satu figura yang berpengaruh. Orang awam mahu tahu selebriti pakai apa, makan apa, pergi mana, malah apa-apa sahaja yang boleh dijadikan berita. Anwar mencuri perhatian kerana mengenakan capal dengan baju Melayu.  Anwar tular dengan pemakaian sut dan songkok semasa lawatan kerja ke luar. Orang ramai mengerumuni kedai makan kerana Anwar mengisi perut di situ sebelum menunaikan Solat Jumaat. Ini semua berita ringan, tiada kaitan secara terus dengan polisi dan dasar negara. Namun, tetap menjadi berita. Kerana apa? Anwar Ibrahim itu selebriti, dan ia bukan pilihan dirinya. Tidak salah untuk menjadi seorang selebriti. Yang penting, tugas hakiki sebagai wakil rakyat tetap dijalankan. Bos kamu, Muhyiddin

ADA APA DENGAN #SELANGORBAHARU?

Image
PRN 2023 belum bermula. DUN juga belum dibubarkan. Namun kempen untuk memenangi undi sudah dijalankan. PN melancarkan gerakan #SelangorBaharu di media sosial. Mereka menanam hasrat dan cita untuk menawan Selangor semasa PRN akan datang. Ada apa dengan #SelangorBaharu? Sejujurnya, saya tidak tahu apa yang ada pada #SelangorBaharu. Yang saya tahu, apa yang tidak ada di #SelangorBaharu - bekalan air. Anda tidak perlu melihat masa hadapan untuk mengenali Selangor di bawah pimpinan PN. Lihat sahaja apa yang berlaku di Kelantan, Terengganu dan Kedah, itulah nasib Darul Ehsan kelak. Mana-mana negeri di bawah pimpinan PAS dan PN pasti akan mengalami masalah bekalan air bersih. Ini bukan satu kebetulan. Tidak sama sekali. Saya tahu, Selangor juga kadang-kala mengalami masalah bekalan air. Namun, ianya masih terkawal. Gangguan akan hadir dengan jadual dan amaran awal. Sebagai penghuni Selangor, saya sendiri tidak ingat bila kali terakhir rumah saya mengalami masalah air. Yang pasti, sudah lama.